Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, December 16, 2009

Salamm...salammm....


dua orang budak nakal


ni aje sekeping gambar dari kelas, kadang tak berkesempatan. dah settle semua baru teringat. he.he.he... sempat juga berkenalan dengan Daeng yang bakal pulang ke Sarawak.

Salam sejahtera buat semua. eemm...berkulat juga rasanya tak cuci rumah sendiri. Sapu2 sawang.

Storyyy?? eemm...byk bende nak di story. he.he.he...
apapun tetap kerinduan nak bertenet. Pagi nie naiz nak jalan2 ke blog kawan2. rasanya banyak juge yang terlepas. Blom berkesempatan dowload semua pic. eemm... Lagipun naiz tak snap byk pic, kebiasaan begitu lah.

Sepanjang bergelap, naiz sempat ke pesta buku di subang jaya, berdekatan dengan tempat naiz mengajar, kebetulan pula ada pesta buku. Terjumpe pulak dengan buku2 kraf dan seangkatanya...

Sehari tu, pada 12/12/09 sempat singgah ke Summit, waahh..terjumpe juga dengan kedai pachwork. sebab naiz kata terjumpa... tak mungkin berjumpa kedai tersebut kalau tak parking di aras yang sama, sebabnya kedai tu terletak berhampiran tangga masuk dari parking kereta. suke juge mencuci mata, ada masa naiz paparkan apa isi kedai itu. katanya baru buka on Julai. pada sesiapa pernah ke sana mungkin terkedu cam naiz juga kot. sebab terkesima tu naiz ni tak pernah terjebak dengan pachwork, rupanya banyak bende naiz tak tahu...he.he..he....

Saturday, December 5, 2009

Paten smocking


Ni pakai henpon, sebab kamera aku tu batery dia ilang sebji. Sebab boleh hilang, anak main untuk kereta mainan. Yang ini dah siap buat smocking, cuma blom buka n jait jadi dress lagi. Pasal paten, aku tak de refer mana-mana paten. Just gabungkan aje mana paten jahitan. n hasilnya ini. Aku jait tak kemas mane. takat lepas aje ler... tengok Erpa Ahdayani buat smockingg..aduss...kemas cantik. inspirasi juge nie.


Sebenarnya dah cube dari semalam nak load pic nie.
scan aku tu dah nak rosak agaknya...

untuk paten hati tu..aku refer kat sini. so pada fida dalam buku yang akak kata tu pun tak de paten, cuma clear cara menjahit. Gabungkan jenis paten, maka dapat ler paten sendiri. atau lihat paten baju sedia ada. boleh ubah jenis2 mata jahitan aje.



contoh gambar di atas adalah rujukan aku. dari paten atas tu aku just tukar aje lah mana2 mata jahitan. so rasa tak de masalah untuk orang yang tak berapa reti macam aku.

Aku bukan pro, tapi aku tunjuk contoh canne aku buat paten. aku pun tak de sebiji pun magazine smocking tu. Tentu juga nak dimiliki.... kat sini saje je nak share nak korang.
Harap dapat le memberikan idea.


Friday, December 4, 2009

Jalan-jalan ke Taman Tasik Taiping, update kelas

Pagi kelmarin, aku bawa anak2 p taman tasik taiping. Mula2 ingat nak pusing2 taman aje. eemm...anak aku minta nak main playground. layan je lah....



Aisyah naik buai, terasa cepat dia besar. emmm....


hepi kemain main gelungsur denga abang2nya...


Puas main, blaje aiskrim aje.. he.he.. lagipun time tu jalan dah sibuk, ada buat larian ape ntah. aku dah ler bukan master bawak kater, he.he..
singgah taiping sentrel, jengok pesta orkid.
Balik rumah aku buat kek Ben10, deco tak lawo yek. main blasah aje. edible image tu aku beli dari kakFeena deco. tak tau canne guna pun, blasah aje lah yek. janji nampak ben10 macam anak aku nak. he.he.... dalam aku buat kek cekelat.


so hari ni aku update juga lokasi kelas langsir baru,
aku plan buat di Johor n Sabah.
so pada sesiapa yang nak joint dipersilakan.

Thursday, December 3, 2009

Hai...haiii....


Jalan-jalan, soping yang nie juga, kain cotton utk wat bj smocking. maklum ler gilo smocking walau yang ada terperap. Di tulis kat description kain tu... 100% cotton aku beli 3 kaler, bidang 60inci. tu monyet kegemaran aisyah. saje landing tepi kain tu.


Ni tudung tempahan orang, salah satu ler... aku dah pos pun kepada tuan empunyaa...



buat ler kek lagi sebijik, anak aku ajak kawan2 dia datang umah. Bunga mentain udus, he.he.. cepat melt bila panas. layan jee...


Ni tempahan langsir yg dah siap dah udah di pos pun.

Ni ada ler sekeping gambar kelas, kalau nak tempek semua..eemm..sure korang boring.


Di atas adalah cerita ceriti aku sepanjang aku bergelap. Bukan aku tak layan internet. Tapi masa terhad. kalau jengok pun just jalan2 rumah kawan, surf sikit sanan sini. Apa pun pagi nie, memang gian nak menaip, nak2 kakD pulak bertanyakan diriku... he.he.. terasa le skit bahang nak update blog aku nie. Apa pun keje aku tak lepas dari menjahit n ke kelas juga.

This weeked aku ke Ipoh. Langsung next weeked aku ke Subang Jaya. so sambil keje sambil jalan2 gitu lah. kira-kiranya...


Apa pun semalam masih menganyam hexy. he.he..heee... mencuba2 juga Quilt tu. Taun depan dah start kutu Quilt boom Fida tu. nanti try lagi. tak pernah buat nie. Thanks buat semua... cayang korang!

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha.




Dengan kehadiran Hari mulia ini. Semoga semua rakan bergembira menghabiskan masa bersama sanak saudara dan Keluarga. Dengan ingatan tulus ikhlas di ucapkan Selamat menyambut aidil Adha. Panjang umur kita bertemu lagi Aidil Adha di tahun hadapan.

Wednesday, November 25, 2009

Sunyinyee....

Semacam lama benar aku tak update blog nie. Kesibukkan kerja2 tu macam biasa. Tapi yang sebenar2nya... internet di area rumahku ini down. Akibatnya makcik Naiz meroyan tak dapat tenet. Di kala malam, baru ler dapat melapangkan diri untuk menziarah rumah wajibku ini. Juga membaca perkembangan blog rakan2 maya. Dengan Email dan lain2 lagi yang perlu ku belek2. Apapun aku tetap addict nak bertenet. Aktiviti aku yang penuh itu melalaikan aku mengingati tenet.

Apa aku buat bila tak bertenet, macam biasa, aktiviti tangan yang tak pernah diam ini.



Buat beg untuk kegunaan aku merempit. boleh sling gitu aje kan. tutorial ada kat sebelah kanan blog tu.



Menjahit langsir Elyza Putri Sabah, alhamdulillah sudah diterima tuannya...


Make over sarung bantal Aisyah. udah lunyai. ganti sarung baru.


Seketika bilik diPenuhi kucing dan itik. berselerakkan di bilik menjahitku itu. Yang ini pun dah siap.

Lain2 projek aku buat, sudahkan sulam riben, smocking siap 2 helai, soping tak tinggal, tetap maintain gilo soping fabrik, serta sedang berkira2 nak menambah gajet dibahagian dapor yang udah lama ku idamkan. Harap2 dapat lah apa yang ku hajati ituww.
sekian laporan untuk ketika ini. luahan rasa dari hati ku. sekadar suka suki hati aku aje......
buat kawan2 maya, nanti ku mentelaah blog korang. baru tau stash swap tu ada lanjutan. yareeebaaa.... eemm tidak di lupa hexy utk kakDiah dan Jura. on the way. sabaq nohh!!.


Tuesday, November 17, 2009

Smocking tetap jalan.



Dah dapat pun kain yang dihantar pleat. Untuk zana dan sue yg email tanya mana naiz pleatkan kain2 untuk buat dress smocking boleh rujuk http://lovelybabe-fuzzy.blogspot.com/. Dah siap dah kain2 naiz nie. hajat tu besau, kederat aje yang tak sempat2. walau lambat or cepat siap smocking dress nie, tak kesah sangat. Yang penting ada masa boleh celah naiz kait ler sulam tu sikit2, sikit2 lama2 siap lah kan smocking tu...

Naiz memang tak berhajat nak buat manual pleating cam Pianina buat, salute kerajinan pianina. Naiz ni dah ler tak sempat nak jait smocking, kalau nak harap nak buat manual pleat pulak. Alamat memang tak buat. so korang, pada yang ingin menceburkan diri dalam dunia smocking boleh layan tutorial smocking kat link naiz sbelah kanan tu. Jangan susah hati bab nak buat pleating, hantar aje pada Faziah. Dia akan memudahkan kerje kita. Cam naiz walau ada yang kata cam nak buka butik. he.he...he..x3. Bukan nak buka butik, tapi dah sekali hantar, hantar terus 2/3 helai. sebabnya... memang hajat nak buat pun. Standby aje..... siap satu..buat satu lagi...ha.ha.haaa.....(gelak jahat), jimat masa nak hantar lagi.....

untuk Faziah terima kasih yek.

Monday, November 16, 2009

Ubah Angin

Semalam aku buang tebiat, cari tebiat baru. agaknya letih nengok mesin jait, kain , jarum n benang. makcik naiz telah membuka kotak alat2 mendeco. tapi keknye tak ler grand sangat, agak leh makan sefamili. Dengan harapan barang2 keperluan mendeco kek dan seangkatanya tidak merajuk dek kerana tuan yang terlampau banyak hoby... he.he.he.....


Lepas sapu Cream, kaber rupa hodoh kek ituww...... buat lakar2 skit.


Taruk aising gebu2 skit. kasi sawang2 gituww.....


Siap sesi deko2 comot ku ituww....Bunga tu korang jangan tenung sangat, time tu buttercream aku agak lembik. maklum ler tak cukup sejuk keadaan sekelilingnya...he.he.hee... dapo tak dak aircond yaa....


Ni Snap pakai henpon, camera abis batery, dah dipotong. Siap di bahagi2kan. Kasi jiran sikit. Rasanya...emm...lepas ler tekak makcik naiz nie... anak2 suke ler cream2 nie..maknye.. buang aje cream tu. rugi kan!!


suh anak ambil gambar ini ler hasilnye...aisyah kat idung ajee....muahahaaa...maknye.. tak yah ler.. memang sihat walafiatt!! , tengok pakai pisau dapo je tu...org pakai pisau potong kek. wahahahahaaa.....


cuci mato dengan kek yang tinggal separuh aje lagi....

Stash Swap


Dah selamat tiba di tanganku from cikkema... Thanks. suke sangat. ape pulak lah yek kawan2 blogger nak buat lepas nie. hope aku tak terlepas.

Friday, November 13, 2009

Hexy utk kakshimaa....






Hexy utnuk kakshima. dah siap beberapa hari lalu, blom berkesempatan nak di pos.
apa pun kejap aje dah nak abis, naiz dah start juga jait untuk kakDiah n Jurra.
Lepas ni apa pulak plan kakD?
wat besday gift di kalangan blogger nak?

Thursday, November 12, 2009

Santai Jap

Semalam 11hb November 09,
Ceritanya aku tak semena2 ke Lawatan tadika anak aku si Azhad, ke Zoo dan Muzium Taiping.
sebenarnya aku tak rancang pun.Lagipun kalau tak ikut sekali dengan rombongan sekolah cengini, sah2 aku tak pegi.eemm...aku tak pikir panjang pegi aje.. he.he..he... lagipun jarak antara tempat tu cuma 10min aje dari rumah aku. Ikut kan kerja, eemm...kerja aku tak abis2 juge.

Sebenar2nya pun dah berbelas tahun tak pegi situ, lalu lalang aje. paling2 aku bawa anak2 main kat taman permainan di Taman tasik Taiping. Tak mo cakap banyak meh cuci mato.



sekeping gambar Taman Tasik Taiping.


Gambar beramai2. Termasuk aisyah n abg azrul.


Ni gambar dalam zoo... tengok background. he.he.hee....


Time atas Train.


Aisyah bersama Cekgu Tadika Azhad. Cikgu Fauziah yang baik hati.

Dah keletihan. santai2 nak makan minum di luar Zoo, nak ke Muzium pulak.
Azhad di muzium.

Sesi lawatan selesai around pukol 12.30pm. Balik aje aku masak untuk anak2 n terus sambung keje2 di bilik menjahit. hexy untuk kakShima dah siap. Tapi blom pos. keje2 menjait berjalan seperti biasa. Baju smocking tidak ketinggal, juga hoby mejait beg di teruskan. ha..ha.ha...
aku jait pyramid purse, tempahan cekgu sekolah anakkuu....
nanti sambung citer lagi... eemmm...aku nak mendeco kek pulak...he.he.he...

Friday, November 6, 2009

N3 sibuk he.he.he...

Kebelakangan ni aku macam bzzz aje. eemm....?
sebab banyak akiviti hujung taun. Apa pun aku amat rindu nak ngadap PC.
Kalau ada di cipta mesin jait bersama computer, together2 bleh buat keje.
Menjahit dan bertenet. fuhh!! mesti bukan aku sorang aje tukang jait yg sanggup beli gadjet ni kan. Biasa malam atau awal pagi aku jengok Tenet ni, Tapi tak bleh lame juge lah.

Aktiviti aku... seharian aku merepair mesin jahit yang meragam. Agaknya dia penat kot, minta di manja2. Mesin aku semua Brand singer, dari mesin high speed, mesin jahit tepi hingga ke mesin portable.
aku suke benar brand singer. Tapi mesin portable aku tu uzur benar. tapi masih berguna.


Ni lah mesin yang meragam ituww.... buruk tapi amatlah berjasaa...

Walau sesibuk mana punn... aku tetap nak joint kawan maya yang sentiasa meriah. aku cube juge lah menambah warna warni hidup aku ni kan.
Walau apa pun hidup perlu diteruskan. Hari ke hari, pelbagai dugaan dan cabaran mematangkan diri. Sekerdil ini diri, ku panjatkan segala kesyukuran.
Hanya dengan Bersyukur sahaja diri menjadi lebih redha, tenang dan tabah.

Back to aktivit Hexy, aku dah siapkan untuk Mas, sedang menjahit untuk kakShima. nanti ya kakShima... ni gatai tangan joint kutu Quilt Fida (aku tak pandai buat Quilt punnn....). masuk juga aktiviti Stash Swap hani. Apa pun kawan2 bloger memang bess.


Blue hexy untuk Via.

Friday, October 30, 2009

Hari yang bes, Menang Giveawayyyyy......

Hari nie terima hadiah giveaway from KakDiah http://diahrothman.blogspot.com/
Terasa amatlah seronoknyaa... Meh tengok apa aku dapat.


Aku dapat 3 barang, berwarna warni pulak tu. Thanks kakD.....


KakDiah, bende ni biasa org buat ape? letak kat keychain yek? he.he.he... maaf ye naiz tak tauu...


Ni pulak kerja yg sedang ku jalankan, selain membuat Hexy dan dress smocking aisyah juga menyudahkan beberapa helai baju kurung. Lawa memikat kain bunga dia termasuklah Frill yang digunakan. eemm... semangat aku nak jait.


Menarik pulak renda dia nie. Ni tempahan Dari Yati pegawai Farmasi Hospital Taiping. Baik betul budak nie, lemah lembut. Prepare untuk majlis pertunangannya nanti. Untuk Ruang Hall blom disiapkan lagi, sabaq nohhhh!!

Thursday, October 29, 2009

Second Smocking dress

Baju kali ni ngam2 dengan saiz Aisyah. Kali ni aku tambah tali kat tepi.


Aku cuba buat coler kaler lain. eemmm... dah siap baru sibuk search, ade ke org buat bj smocking coler dia kale lain? aduhaii... rupanya tak ramai buat. tak pe lah kan!
Dah ready nak di cantum di bahagian leher.


Ni bahagian belakang baju, siap nak dicantum di bahagian hadapan.




Bahagian belakang yg dibuat kedut manual.


Bahagian hadapan yang telah di jahit smocking, nak di cantum di bahagian atas baju.


Nak di cantum depan dan belakang.

Apa pun aku paling suka Bullion Roses. baik di baju mahupun di tudung, memang suka apply Bullion Roses.

Dah siap pun baju nie.. sebenarnya kira2 2 minggu lepas dah siap. tapi tak sempat nak buat N3. Tapi Aisyah blom pakai lagi baju nie. tergantung lagi di pintu bilik menjahitku ituww.....

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?