Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Friday 30 October 2009

Hari yang bes, Menang Giveawayyyyy......

Hari nie terima hadiah giveaway from KakDiah http://diahrothman.blogspot.com/
Terasa amatlah seronoknyaa... Meh tengok apa aku dapat.


Aku dapat 3 barang, berwarna warni pulak tu. Thanks kakD.....


KakDiah, bende ni biasa org buat ape? letak kat keychain yek? he.he.he... maaf ye naiz tak tauu...


Ni pulak kerja yg sedang ku jalankan, selain membuat Hexy dan dress smocking aisyah juga menyudahkan beberapa helai baju kurung. Lawa memikat kain bunga dia termasuklah Frill yang digunakan. eemm... semangat aku nak jait.


Menarik pulak renda dia nie. Ni tempahan Dari Yati pegawai Farmasi Hospital Taiping. Baik betul budak nie, lemah lembut. Prepare untuk majlis pertunangannya nanti. Untuk Ruang Hall blom disiapkan lagi, sabaq nohhhh!!

Thursday 29 October 2009

Second Smocking dress

Baju kali ni ngam2 dengan saiz Aisyah. Kali ni aku tambah tali kat tepi.


Aku cuba buat coler kaler lain. eemmm... dah siap baru sibuk search, ade ke org buat bj smocking coler dia kale lain? aduhaii... rupanya tak ramai buat. tak pe lah kan!
Dah ready nak di cantum di bahagian leher.


Ni bahagian belakang baju, siap nak dicantum di bahagian hadapan.




Bahagian belakang yg dibuat kedut manual.


Bahagian hadapan yang telah di jahit smocking, nak di cantum di bahagian atas baju.


Nak di cantum depan dan belakang.

Apa pun aku paling suka Bullion Roses. baik di baju mahupun di tudung, memang suka apply Bullion Roses.

Dah siap pun baju nie.. sebenarnya kira2 2 minggu lepas dah siap. tapi tak sempat nak buat N3. Tapi Aisyah blom pakai lagi baju nie. tergantung lagi di pintu bilik menjahitku ituww.....

Tuesday 27 October 2009

Hoby yang tak terhabis di buat.


proses menyiapkan gaun kedua Aisyah.
keje macam tak abis2 pulak. aduhaii..... apa pun enjoy idup yang macam2 hoby nie. he.he.he....



Dalam masa mengemas kotak2 sebelah tv, rupanya banyak betul riben kat dalam almari tu. aduhaii... ni antaranya.. rasa mau sekotak kalau di himpun sekali. lepas tu situ2 juga aku duduk siapkan bunga2 cream tu. he.he... sempat juga siap beberapa kuntum. blom ada idea apa nak buat.

Monday 26 October 2009

CeRiTa CeRiTi...

Semalam sampai di rumah. Keletihan macam biasa lah. Apa pun pagi ni dah tengok jadual apa lagi keje2 tertangguh. Naiz ke KL pada jumaat, Sabtu ada kelas seharian. Pagi kelas langsir, petang sambung kelas langsir advance untuk paten Romand Blind. Atas permintaan, Sharina yang Fly direct from Sarawak.




Sebelom balik, sempat bawa anak2 pegi mandi kolam.
Aisyah bersantai aje atas tangga, sebelah tu sepupu Aisyah, Si Adam Syahmi. Umur setahun, ada hati nak berenang. he.he.he....


Spesial 4 sharina yg fly from sarawak, Hope jumpa lagi untuk next kelas lanjutan langsir.


Layan lah sekeping dua gambar dlm kelas Langsir di Putrajaya, lain2 gambar di blog kelaslangsir. nanti naiz update gambar dan next kelas.


Tak di lupa bunga2 chenta hexi's yang naiz terima dari Cik Kema. thanks ya.
sebelum pegi KL naiz tak sempat nak update. apa pun naiz still menyongak2 apa nak dibuat n bagaimana nak mula...kene study juga nie.



Sunday 18 October 2009

Parcel petang jumaat



Dah lewat petang abg posmen hantar parcel2 yang ku tunggu ni.
Pelik juga dah petang abis keje baru hantar. Around 5pm baru antar. Tinggal parcel aku aje. wal hal pagi dah hantar surat. Aku memang menunggu2 kedatangan parcel2 ni.

Isi dalam salah satu parcel tu, Hexy dari Fida.

Yang ni pulak Dari KakDiah, 30bunga hexy bersama satu pin cushion.
terasa sukanya petang jumaat tu, merah menyala. apa pun aku teramat suka dengan bunga2 merah nie. Thanks kakDiah n Fida.
Tak dilupa Buku yang ku kirimkan dari Misa. aduhaii...amatlah sukanya..
akhirnya buku ini berjaya ku miliki... Thanks Misa.


Ni baju smocking kedua telah siap. Yang ni saiz kecik aku buat untuk Asyah. nanti dah siap sepenuhnya aku tayang yek. Yang pertama tu agak besar untuk aisyah. kene tunggu umur 4 or 5 tahun. Apa pun aku dah kesukaan membuat smocking. Semalam aku ke Ipoh. Bukan berdepavali tau. he.he..
sekali sekala berjalan2 sorang terasa hepy juge. Tapi dalam kesana tak dilupa membuat hexy

Ni bekalan sepanjang jalan. siap juga semua bekalan hexy yg dibawa...he.he.he.....


Sekeping gambar nostalgia semalam. Jangan tak tau.. salah seorang bloger juga nie. sibuk didalam kelas semalam.


Wednesday 14 October 2009

Baju smocking udah siap


Ni tangan baju ye...hehe.he....


Ni baju yang belum naiz cantum dan siapkan kemasan leher dengan kolar dan tangan baju.




Apa pun akhirnya siap juga. tak cantik sangat lah , maklum ler first time. Akan menyusul lagi nanti. Walau tak de masa, ku curi2 menjahit berselang seli dengan kerja2 lain. kehendak membatasi segalanya... Tak sabar menantikan buku A-Z smocking dari Misa. Plan kalau tak dapat juga buku A-Z smocking tu, naiz akan ke Alamanda MPH, on 25hb oktober. Thanks Misa.


Banyak yang perlu di perbaiki, apa pun berpuashati dengan hasil tangan sendiri. walau tak secantik hasil smocking orang lain, akan ku perbaiki...he.he.he....Ini semua kerana Aisyah.

Lelong Tudung sulam tangan


1.-Putih
2.-Hitam
3.-Biru laut


4.-strong pink
5.- Kuning
6.- Biru
7.- Soft pink


8.-Oren
9.- Soft oren
10.-soft hijau
11.- Pink belacan


12.- Hitam (booked)
13. Putih (sold)

Ni ada berkurun tudung sulam tangan nak di letgo.
now naiz buka harga rm65 before rm85, termasuk kos pos daftar.
Penggunaan bawal no.1. Dijamin puashati.

Monday 12 October 2009

Giveaway lagi


Kali nie joint giveaway dari blog kaksharifah http://simplysewingroom.blogspot.com/
so apa lagi kawan-kawan, mari kita sama2 beradu nasib,
apa pun ini lah permainan blogger yang naiz paling suke.

Giveaway From ADR's




Giveaway from kakDiah tak harus dilepaskan. hope ada luck.
so kalau korang rasa nak dapat beg nie...boleh lawat blog ADR's http://diahrothman.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.
Dah lame naiz berangan nak dapatkan beg dari kakDiah.
hope adalah 'Ongg' kali nie.. lagipun bukan satu hadiah yang ditawarkan.
3 beg tau. Thanks kakD.

Sunday 11 October 2009

Cerita hari Ahad



Memang tak sah kalau sehari tak bertenet.
apa pun rasa keje tak habis2. Dengan hoby tak terhabis buat.
alhamdulillahh.. rezeki selepas raya ada. tapi cerita hari nie just untuk hari ini.
Hari ni weeked, ahad. ada open house. Dah mention ngan cik huby nak pinjam kereta.
apa pun pagi nie ada janji dengan kastemer.... jalan2 cari kain langsir dulu dengan dia.
tengahari skit pegi open house.

baju smocking nanti aku update. maklum ler pestime buat bj smocking.
apa pun kalau siapa biasa dengan sulam tangan, bende ni tak susah sangat.
naiz mengabihkan saki baki benang yang ada ditangan. tapi rasa tak terhabis, he.he.he...

Nanti naiz update tutorial dress simple tu ye. dah buat cuma gambar tak load lagi.
projek beg naiz dah siap. kalau dah gila buat beg adoi...boleh pengsan.

Friday 9 October 2009

Hexy pertama yang ku terima




Hexy pertama ku terima dari kakShima. Thanks kak.

Tersangatlah cantik dah cerah mata memandang. Aku sebenarnya adalah peminat Kaler Merah. kebanyakkan baju2 aku berwarna merah. kire unsur merah banyak dalam hidup aku.
Orang kata peminat merah nie...Garang, bersemangat..he.he.he... ambil yang baik2 aje lah yek. ha..ha..ha...

Wednesday 7 October 2009

Cerita Egg Tart lagi...







Kali ni aku bukak cerita penuh mengenai Egg Tart nie.
buku diatas adalah rujukan penuh aku. sebabnya penuh dengan tip's.
suke lah aku dapat buku ni. bukan baru beli, tapi buku ni baru digunakan olehku.
buku ni dibeli ketika aku di Kelantan lagi. 3 tahun dah aku kluar dari Kelantan.

aku copy semula resepinya ya. Blur aje tulisannye...
ada 3 resepi, aku guna yang Pastri rapuh bergula 1.

Bahan2.
250gm Tepung Gandum
1 camca besar gula kastor
secubit garam
125gm Mentega
1bj telur
1-2 camca besar susu segar.

Cara2nya....
-Tepung diayak bersama garam
-Gaul serta ramas tepung dan mentega sehingga menyerupai serbuk roti.
-masukkan telur, gula dan susu
-Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
-Rehatkan doh setengah jam sebelum digunakan.
- Bentukkan mengikut kehendak hati, bakar 10minit 1800c
** Kegunaan: Pai Epal, Tart buah-buahan dan lain2.

Filling
3 eggs ( pukul sedikit)
80gm gula
240ml Air
40ml susu cair
esen vanila
*** sy letakkan 2titik pewarna kuning

-masak air bersama gula, larutkan. dah sejuk masukkan telur, susu dan esen vanila.
- siaplah boleh dituang didalam kulit tart yg telah disediakan.
- Bakar selama 15minit, 180c

( Filling nie Ambil kat Cari.com tapi maaflah aku dah lupa siapakan empunya, dah lama print bertaun simpan)



Jemput makan...he.he.he...
Rasa tak ler susah mana pun. boleh cube. nanti bagitau le hasilnya...

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts