Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Sunday 24 May 2009

Alatan menjahit


Ini gunting kecil yang biasa naiz guna untuk mengunting benang.
kebiasaanya juga digunakan time menyulam benang, juga bila buat sulam riben.
kecil tapi tajam, berbaloi beli, wlau nampak old fashion, tapi tahan lama.
Gunting ni juga naiz gunakan untuk di pack bagi mereka2 yang attend kelas manik dan riben.


Ini alat pemudah memasukkan benang dalam jarum. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk memasukkan benang dlm jarum boleh guna alat ni.
yang ini lebih tahan lama dan quality berbanding alat yg sama yang kaler perak bagi mereka yang biasa menggunakannya.
Alat ini dibekalkan juga bagi mereka yang attend kelas sulam benang.

Saturday 23 May 2009

salamm...

ini adalah keje2 ku time mengeram tak update blog.
hari ni n esok ada kelas.
lepas kelas aku sambung jait.


blom siap manik mrsnor



romand blind dah siap, ready to pos



Dah potong utk kusyen, ready nak jait aje.

Tuesday 19 May 2009

Tidak Kira Dimana....

MaSyaAllahh.....









Semoga aku tidak dilalaikan dengan urusan dunia sehingga terleka mengerjakanya.






Panduan bj Kurung tak berjungkit

Untuk kebiasaan naiz akan biarkan pesak baju lebih dari ukuran asal labuh bj,
lebih dalam 2/3 inci, jd bj kurung tu bila siap dijahit, akan menjadi seperti di atas.
jika labuh utk baju 40inci, naiz akan serongkan 1-2inci. bermakna belakang baju lebih pendek 2-1inci.




Ini adalah gambar perbezaan antara hadapan dan belakang.
bahagian bawah adalah hadapan, bahagian pendek adalah belakang.

Saturday 16 May 2009

Pola susunan Baju Kurung



Ini adalah pola susunan dari 4 meter kain seperti yg telah dijanjikan

Untuk Bahu tambah 1inci,
Labuh baju tambah 2inci,
Panjang tangan tambah 2inci,
Kekek 4inci

Labuh kain tambah 1/2inci sahaja.
Ukuran lebar kain pinggang 3inci.

*plan diatas kekek tak ade, kain blebihan boleh diambil kekek disitu.

Trend terkini naiz byk membuat kurung tanpa pesak.
seakan pesak gantung tapi tiada potongan peyambung.
nampak lebih fit dan tidak mengeleber di ketiak.
nanti naiz loadkan pic bj contoh.

Saturday 9 May 2009

Kelas bj kurung online

Naiz sedang cuba scan plan dari 4meter kain.
Bagaimana pola2 tersebut seharusnya disusun.
tapi malangnya scanner naiz tak dpt beroperasi macam biasa, akan ku mintak tolong cik huby nanti.

naiz tak mulakan dengan mengambil ukuran.
sbb byk buku2 dipasaran ditunjukkan cara mengambil ukuran.
sebaliknya, tips2 atau apa2 persoalan dari korang yg ingin di ajukan, naiz cuba menjawab.
pengalamanku, ukuran tak de masalah, sbb leh ambil dr bj yg sedap dipakai,
nak potong dr 4meter kain yg seriau, kot2 tak jadi tak cukup kain.
so naiz decide plan kan mana2 nak letak pola2 untuk dipotong.

tunggu ya. insyaallah. Esok sy cuba load.

Ada apa nak tanya mengenai baju Kurung silakan,
basic langsir akan dipaparkan di rumah sebelah.

Apa dah jadi dengan 'naiz rose"


Pandangan sisi.


Nengok dari atas yek.


Ni gambar keseluruhan. Aku ni on off rajinnye.
ni semua siap malam semalam. kejap aje membuatnye. takat guna glue gun.
tapi tu ler.. dgn macam2 keje nak buat, lambat le siap,
nanti teman nempek hasil kusyen n decor yg lain, tu pun kalau aura 'R' ada.


Yang ni satu aje bunga merah menyala yang aku buat.
merah btoi nie..

Bunga2 riben diatas menggunakan teknik ribbon work.
gitu ler yang teman tahu.... lain2 istilah, idok ler tahuunyee...

Thursday 7 May 2009

kelas sulam riben



maaf gambar kelabu, proses menyulam.


Sibuk menyulam.
Masing-masing bukan lah tukang jait, atau melakukan apa2 aktiviti berkaitan jahitan, semua pun surirumah sepenuh masa, tapi dengan minat yang ada, Siap juga paten masing2.

Hasil sulaman Masing-masing

Batrisya yang boring menunggu mama menyulam,
baik betul budak nie. tak berganjak dok sebelah mama dia.
settel lah kelas sulam riben ku ini.


Wednesday 6 May 2009

Cerita hari ini 6 Mei 09

Dah petang aku masuk blog,
hari nie macam sibuk aje..
tapi rasa hari ni lebih sibuk kot dari hari2 biasa.
hari nie berlangsung kelas sulam riben pertama aku setelah di war2kan di web.
alhamdulillahh...terang hati student aku tuh. suke plak tengok dorang buat.
tak ler ramai, cuma 2 orang.
nanti aku masukkan gambar kelas ni yek.

Petang nie.....
alinone
http://alinone78.blogspot.com/
aku nie maleh nak canner wat link nie..aku boh aje gini tak pe kot nohh!!
dia singgah dirumah aku. bukan kali pertama dia datang umahku ini.
Lebih cam adik2 dah ngan dia.
kali mai skali satu famili, bwk anak dia yg sama usia aisyah.

Dapat le ku bekal kan alin buah mempelam yg sedia ada.
nko makan lah yek, itu aje... yg dapat ku berikan.
bekalan untuk hang sampai ke Jerantut.
Kedai kraf yang akak cakap tu nanti akak kabor kan kat mane yek.
hope suka Xstich kit tu.

Berbalik pasal cerita ribbon rose aku tu...
nanti aku load apa jadi ngan rose aku tu
dulu aku blajar ngan kak Umi, dia namakan rose dia, 'Umi Rose'

so kali nie aku yg reka bunga tu...aku letak "Naiz Rose"
Aku bukak ler kenangan lame kat atas tu.
kire sejarah aku dalam BerSulam Ribbon.
kak Umi cekgu ku. Harap dia membaca titipan ku ini.
he.he...




Ini adalah kotak kenangan dari kak Umi.
aku amat menghargainya.


Set Jarum RE pertama dalam koleksi, time mula2 blajar RE taun 2006


Ini adalah hasil aku meyulam RE di rumah kakUmi.
hope kak Umi masih ingat pada diriku.
Ku masih ingat akan kesedapan Chicken Pai dan Puding Karamel mu yang sedap itu.
SEMUA KENANGAN KU BELEK SEMULA. JANGAN BOSAN YEK KORANG.

Tuesday 5 May 2009

Tutorial manik bunga melur


Jahit sebiji manik besar untuk ruangan tengah bunga


Masukkan manik dan labuci berselang seperti dalam gambar diatas dan bawah.
gambar diatas sy gunakan dua labuci, satu kecik dan satu besar, diselang bersama manik bulat.


Jahit lima kelopak untuk membentuk bunga.



ni guna labuci merah.

Dah siap 3 kuntum.
maaf gambar tak brape clear, harap dapat memberi panduan buat pencinta seni sulam manik.
sekian Terima Kasih




Naiz rose




Nie le rose yang aku katakan tu.
suke2 aje aku letak naiz rose tu..ekek..ekek.. bleh yek!!
emm..aku tak tau nak buat apa, dalam pikir2 nie nak buat kusyen kot.
kalau jadi, aku tayang ler yek kat korang.
kejap aje aku mengayam bunga nie ngan aisyah.
dapat dlm 12kuntum.

Monday 4 May 2009

Cuti Hari pekerja


sekejap aje cuti tu settle.
Aku habiskan masa dengan anak2 dirumah sahaja,
sambil menyiapkan tempahan dan nota2 kelas akan datang.

2hb, adalah hari yg dijanjikan untuk studentku dari Perlis.
Puan solehah telah dtg bercuti bersama famili.
menginap pula di Hotel Golf Club Taiping, tak jauh dari rumahku.
sekali aku sms MAP, 9.30pg dah sampai depan pagar rumah.
Lega kami menyudahkan tugasan.
terlupa pulak aku nak ambil gambar.
apa pun terima kasih pada puan, jauh datang.
Harap dapat bertemu lagi.
Naiz blom buat kelas Sampai ke Perlis, insyaallah.
mana tahu satu hari nanti.

EEmm canne kelas baju kurung kite nie yek?
nota dah ada, nanti yek. korang kaco2 aku kasi cepat proses yek.

dalam cuti hari ahad 3hb, aku sempat ler buat ribbon work Rose,nanti aku kasi korang tengok, tak tau bakal jadi apa bunga2 tu.
ada juga aku jait manik. kang tutorial aku load
yek.

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts