Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday 10 November 2010

KuTu QuiLt





Akhirnya dapat di habiskan semua baki tertunggak.
Kutu Quilt ni mengajar aku canne ler Quilt di hasilkan. n bende baru yang memang last aku nak blajar. pada mulanya... memang... aku tak minat Quilt.

Sebenarnya tak ler susah sangat buat ni, cuma kena lebih berhati2 ketika memotong kain. dan juga perlu teliti. Tapi hasil yang aku buat nie tak ler kemas n cantik.
kena berlatih buat lebih lagi... al maklum ler .... pestimeee... buat rakan2 penerima, ni adalah hasil pertama, tentu ada cacat celanya.. harap di ampun ya.

Apa pun, bila dah buat satu and siap... lajak buat another one... bess je.
tapi jangan tak tahu.... aktiviti menetas tetas pun byk gak. jangan dikira yang fedup n di buang terus dalam tong sampah . ha.ha.haaa...
kesemua kan di Pos secepatnya...

Monday 8 November 2010

Hidup yang Indah 2


kire kita sambung sini pulak yek.
terima kasih atas kesudian kawan2 singgah sini.
Meh sambung story asal ada basic ke tak cik naiz nie...

timbul semula untuk meneruskan aktiviti berblog. apa pun rindu nak sembang2 sini.
yup!! cik naiz bukan asal ada basic menjahit. betul kata mamadaniel, yang penting ada minatdan kesungguhan nak buat sesuatu. cik naiz dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, dari aliran Sains Pertanian. he.he..he.. rasanya naiz ler tahun last ambil aliran nie. taun seterusnya dah tak de aliran nie. sekolah ku bernama, sekolah menengah D'ato kamaruddin ( satu sekolah ngan Fida, lain taun), merupakan kelas untuk budak tercorot, ekek..ekekek... fida cuma ingat spec mate skima cik naiz je...adoiiii.......
kebanyakkan kelas adalah aliran perdagangan. dari tingkatan 1-2, naiz bersekolah di sekolah menengah Gaal, Pasir puteh kelantan. kekonon minat lah nak jadi peladang moden. kui..kui.kuii...

so kire tak de basic ambil ERT dari sekolah tau. lepas sekolah ambil private school, dengan aliran lagi lompat katak punye... ekek..ekek... . Ambil Electronic. fuhh! (dalam kelas ni 2 orang je pompuan, termasuklah cik naiz) so keje le kilang kat Pulau pinang. ade ler 6tahun. putar2 satu pulau abis!! sampai gak ler kat kilang buah Pala kat umah Mus, (ye ke mus??) agak2 aje... as a technician. ha.ha.haa... kawin ada anak pencen keje.

Mula lah mencari aktiviti, apa nak buat dok melangut kat rumah ja.... putar2 cari kelas, masuk MLVK, keje kedai jait, butik juga kedai langsir. at the same time ambil kursus2 sana sinun. pueh hati baru berkelana di rumah, full dengan aktiviti menjait, menyulam, mengajar... Alhamdulillahh....

gitu lah serba sedikit kisahku... kalo tak suka jangan baca yek. sekadar nak berstory pada yang sudi. now sepenuhnya menjalankan aktiviti menjahit dan berniaga dari rumah serta aktiviti mengajar kelas jahitan. syukur... apa yang ada adalah dari usha terdahulu. Guru terbaik adalah pengalaman sendiri. manfaatkan ilmu yang ada, tiada jalan senang untuk berjaya. tiada bulan jatuh keriba. usha tangga kejayaan. ingat semula kata2 cekgu time sekolah. in fact, terjumpa cekgu sekolah time dalam kelas, ya Rabbii...... apakah perasaan ku??

Wednesday 27 October 2010

Hidup yang indah

"Sememangnya hidup menjadi indah bila dipikirkan indah. Dan sebaliknya berlaku, seperti mana kehidupan berputar ibarat roda. Ada pasang surut ada jatuh bangun. Walau kadang merancang cantik di kertas, menjadinya belum tentu. Namun, YAKIN lah, jika kita keras berusaha Allah sentiasa mengiringi. Tiada yang mustahil dalam hidup."



Apa yang cik naiz merepekkan. ini lah luahan kata hati sepanjang bergelap. Banyak nak di ceritakan. Di ungkap menjadi satu novel. luahan ni di panjangkan disini. Setelah lali melalui masa, bertemu dengan kawan2 baru. Mendengar banyak cerita. Hidup perlu di syukuri. Bersyukurlah jiwa akan tenang dan lebih Redha.

Sering kali mendapat email, SMS, phone Call, juga berdepan bertemu mata. semua meluahkan tiada keyakinan dalam melakukan pekerjaan. Percayalah tiada yang mustahil dalam hidup.


Yakin dan berusaha. Insyallah pasti menjadi milik anda.
Cetusan rasa ini lahir bila cik naiz sering di ajukan pertanyaan yang sama. Berkali2 juga lah di ulang ayat dari mulutku ini....


soalan yang biasa di tanya...
- Boleh ke saya menjahit sedangkan saya tiada basic/ Asas jahitan...
- Saya minat tapi tiada masa, takut tak sempat buat...
- Minat dah lama tapi macam tak yakin je dapat buat....
- saya nak menambah pendapatan, tapi saya tiada asas menjahit...



Emm... cik naiz ada basickah dalam bidang jahitan?? hohohooooo.......

Monday 4 October 2010

ku kembali

Lama aku tak berbloging. biasa lepak di Fb aje
tak sempat nak log sini. maklum lah leceh skit pada aku.
apa pun aku sentiasa lawat umah nie. dari blog ni jugalah aku ramai mengenali rakan2. dari blog ni jugalah banyak catatan kehidupan dan juga hoby tertanam. tak mungkin di lupakan.

Syawal sudah di penghujung. Alhamdulillahh.... apa jua dugaan tempuhilah dengan rasa syukur. Hikmah sentiasa menanti.

Biskut raya... Umah jiranku punya. time raya, aku buat 3 jenis biskut je. selebihnya... setiap hari bakar kek. dari kek coklat, cupcake, kek gulung hingga ke kek marbel. Janji sape yg datang di hidang panas2.

Walau macammana pun, aktiviti kelas menjahit di teruskan jua. di group yg datang pada 9 syawal. Blajar tudung. :) terima kasih ya kakYati dari Kuala kangsar.
Menjahit dah jadi satu pekerjaan, raya ke 3 aku dah menjait semula. pagi balik kg, petang or malam masuk bilik jait kejap. siapkan tempahan yg after raya.
so skarang buka semula kotak Quilt Kutu, buka semula baju smocking. serta tak lupa sudahkan bj kurung sulam tangan lagi sehelai.
Aktivit kelas juga telah ku aturkan hingga ke bulan disember, jengok sini www.kelaslangsir.blogspot.com
apa jua yang di lakukan, lakukanlah dengan senang hati. insyallah... enjoy... :)

Friday 13 August 2010

salam Ramadhan



Semoga beroleh keberkatan dan kenikmatan di bulan mulia ini.

Sunday 4 July 2010

kemana ler pegi?

Aktiviti sepanjang tak update blog.



Kelas langsir dan tudung - di Putrajya, Ipoh, Cheras, Kelantan, Kedah... later ker JOhor, Terengganu..-- http://kelaslangsir.blogspot.com/



buat kek tunang... and ada lah berberapa kek lain2. hoby...hobyy....



tak miss pegi kelas kek juga... hoby..hobyy...




sempat singgah di rumah Mrsnor time conduct kelas di Kota Bharu kelantan.


muffin untuk jualan, hobyy...hobyy....

lama aku tak update kat sini. bukan menghilang, tapi penuh aktiviti. apa pun memang rindu nak berborak dengan kawan2 semua... apa kan daya. tapi sure ada di FB. :)
tapi tak di lupa jahit menjahit. Quilt Boom juga sudah di send pada tuan empunya diri. sedang berkira2 nak buat satu Quilt hasil dari kutu Quilt. insyallah! :)

Sunday 6 June 2010

Hoby baru lagi?






Ini bukan hoby baru, tapi Hoby yang baru ku kerjakan setelah konfident nak buat.
Dah lama nak buat, cukup aje semua tools, aku pun jalankan projek nie. kena pulak dengan musim orang kawin. bes..bess....
Ni stack kek pertama aku buat, berkerjasama dengan jiranku. stack kek ni untuk acara malam nikah. apa pun suka lah bermain aising. bila menjadi aje roses ku ituww... amatlah hepi nya...


Friday 4 June 2010

Hasil mentelaah. Quilt Ready


???....



Untuk kakPah



Untuk kakDee



Untuk Mus




Quilt ready untuk peserta kutu Quilt.
insyaallah mencari kain2 yang warnanya tiada dalam koleksi. siap sepenuhnya... legaaa hati ku.
serius jadi addict nak menjahit cantum. wallahhh!!

2 hari naiz bercuti dari mengadap mesin jahit. waa.... jatuh cinta mendeco kek ler pulak. Kena pulak now musim orang kawin. sedikit sebanyak dapat ler mengasah tangan bermain aising.

Wednesday 2 June 2010

Buku Quilt




sayang woo... aku dah balut buku nie...


Akhirnya....
kitab rujukan Quilt untuk org 'blur' macam aku pun telah ku temui.
punya mentelaah, banyak kesilapan yang aku buat.
so pada rakan pencinta Quilt buku ini adalah cadangan dari ku.
ku adalah pendatang baru dalam menceburkan diri.

Apa pun berterima kasih pd cik puan penganjur Quilt Kutu nie... Puan Fida.
menjadikan aku perlu, tak de excuse tak buat.
so dengan itu aku telah tekun mentelaah.
banyak ler bende yang aku tahu. Lagi banyak belajar, lagi banyak tak tahu....

p/s***
Pernah dulu ada insan mulia membelikan ku buku smocking iaitu Misa.
kali ini ku offerkan perkara yang sama bagi yang ingin memiliki buku ini.
tiada proses perniagaan. harga buku ini...Rm37. boleh guna pos xpres rm4.50.

Sunday 2 May 2010

Vaksin H1N1



salam buat semua,
ni ada sedikit info dari my student, Nurse di klinik kerajaan.
saya petik info dari kiriman sms dari Siti Kusmawati dari Ipoh.


"Vaksin h1N1 sudah mula di buka untuk orang-orang Awam, dapatkan maklumat di klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan. Untuk 18 tahun keatas sahaja. Pada sesiapa yang alergik pada telur tak boleh mendapat suntikan ini. Harap Maklum."


pada kita yang telah sedia maklum mengenai penyakit yang boleh merabak ini, boleh lah mendapatkan vaksi percuma ini di klinik2 kerajaan. Pencegahan adalah lebih baik.

Friday 30 April 2010

Race basikal di Taiping kuuu....









Buka cerita lari dari bab menjait yek.
nie kesah pd 28hb april, aku terperangkap di Taiping. Punya pulun nak cepat,
stuck pula di sini. Plan aku sampai lah dlm pukol 3.30ptg di bank.
Plan cun2 dah. Hantar anak sek agama, leh terus pegi Bank.
Emm... logiknya memang samapi juga ke Bank, tapi udah ditutup ahaksss!!

bleh kate taiping nie kire tempat setiap hari aku merayau.
tapi julung2 kali pula aku nak snap pic,
adehh!! macam tak bangga dengan Bandar Warisan.
canne kak aznee? my jiran tempat. nanti meh komen yek.

nanti lah yek, lengkali ku rajinkan diri, perkenalkan tempat sendiri.
atee... teman ni tempat makan memang kalah kalau di tanya di Taiping nie.
tempat beli barang jait, kain n seumpanya nye aje tahu...ihik..ihikk!

Saturday 24 April 2010

Award



walau dah bersawang blog, dengan kehadiran rakan2 yang sentiasa menghidupkan hari2 suram berblog.

terima kasih kakDiah, menghadiahkan award ni.

Tuesday 20 April 2010

Yuhuu.....

memang lama aku tak update blog.
senyap aje dengan keje2 rutin setiap hari. apa pun blog ini aje yg tak gerak.
blog sebelah, bergerak juga.

bukan ape, sejak pc semput on off sehatnya... mood pun tak de nak update. dengan pic pun tak leh nak upload. apa pun tetap rindu nak bercerita di sini.

kejap aje dah masuk bulan May 2010,
semalam 19hb April cuti umum bagi negeri perak, aku ke ipoh, ada kelas langsir dan tudung di sana.
ni bukan nak cerita pasal kelas langsir n tudung tu.
tapi nak cakap bab suasana di ipoh yang tak ubah macam KL.
penuh ngan warga asing, aku pulak yg terasa kecik di tempat sendiri.
tak hormat orang pulak tu. kita pula rasa di perkecilkan.

Apa pun cabaran hidup makin membesar.
macammana lah nasib anak2 aku yang akan membesar nanti. aduii...
pulak tu hujan lebat di Ipoh, berhenti n sambung pula hujan di kuala kangsar hinggalah ke changkat jering. tak henti situ, Taiping sah2 hujan lebat.
kene pulak sepanjang jalan 3 eksiden berlaku.
jadinya berkulat juga lah aku nak sampai rumah.

nanti2 yek, ada bende juga nak di story lagi.
insyallah jait menjahit juga berkraf tak tinggal, walau slow tetap buat.
buat apa tu yek?
he.hehee.... nanti....

Wednesday 24 March 2010

Apa isinya...


Beg itam menawan ni apa yek isinya...



Isinya... cutting mat, blade roller cutter and majalah pachwork



Tak ketinggalan Quilt boom ku ituw

salam All, walau agak terlambat nak buka entry nie. tapi aku sebenarnya berbesar hati dapat all items kat atas tu.

Sehari sebelum ke Aloq Staq, ku di kunjungi oleh cik Adik Fida.
Di atas adalah beg yang fida serahkan padaku.
Tapi pesanan ku pada fida hanya lah Cutting mat n Roller blade sahaja.
selebihnya adalah pemberian fida.
terima kasih banyak2 ya fida.

Amat lah di hargai, dengan fast tutorial, sempat lah berguru dengan fida.
rupanya banyak yang silap. terima kasih ye fida. akak akak improve nanti.
OOhh korang tentu tertanya2 canne leh jumpa fida yek.
Fida on the way balik kampung. kita orang ni sekampung. satu sekolah cuma lain2 taun aje. he.he..heee....







Monday 22 March 2010

Quilt Kutu Boom yang telah ku terima


Form Fida


from Aton


From Cik Kema

Inilah bunga2 Boom yg ku terima. amatlah teruja. almaklum ler bende baru. apa pun terima kasih pada kawan2 semua.

Wednesday 17 March 2010

Perjalanan yang panjang

Ape citer nak di story. eem.. rasanya cerita menjait tak lari lah yek.
Kutu boom aku bulan nie... on the way. gambar2 akan di masukkan yek. Dah mula abg posmen asik singgah di rumahku, aku baru sampai di rumah malam semalam. Ada ternampak sampul pos xpress 2 keping yg belum di buka. Nanti aku update, siapakah gerangan antara geng Kutu Boom yang mengirimkannyaa.....

Aku baru je balik dar Aloq Staq, mengajar di sana. Alhamdulillah... pemergian aku 3hari 2 malam penuh bermakna, seakan serasi aje jiwa dengan aloq staq tu. he.hehe....
Masih teringat kerabu mangga yang menjadi menu tetap aku selama di sana. Tiap2 kedai makan ada kerabu mangga nie. tak lupa Ayaq jambu batu n Goreng pisang yang boleh ku anggap sedap.
Hajat aku ke sana dapat ler bertemu KakDiah. Apakan daya, kakD tak ade di aloq staq. tak de jeki aku nak bertemu kakD, keciwa betol lah. Uuwwaaa.....
Tak nak posting aku kosong tanpa bergambar, sini ku tempek pengikat langsir bersulam riben.


Tuesday 9 March 2010

Apa saja...


Cekodok kuuu....



Dadih perasa oren kegemaran aku n anak2.

sambal sotong.
lama tak berblog. apa sebab? kadang ada mood, tenet plak slow, bila x de mood, idea pula tak ade.
apa pun rindu jg pada kawan2 yg sama2 berblog.
just lawat2 blog kawan.
kat atas tu menu semalam. aku suka posting kalau serikan dengan apa2 pic.
eemmm ... berkaitan ke? suke suki aje. kalau tak suka di persilakan.

Giant scallop, di siapkan semalam. besar gile scallpo nie, tak cukup rail panjang ngan rail aku. 78inci panjangnye..... display kejap di bilik menjait ku ituw.
Pengumuman.
14hb dan 15hb March, Kelas sulam riben dan Langsir di AloQ staQ, pendaftaran masih dibuka.
terima kasih buat semua.

Friday 12 February 2010

Selamat Bercuti

Lama aku tak update blog. Cerita aku?? biasa2 aje.
siapkan kutu Boom Quilt. terhegeh2 aku menjait. tak pandai pun.
Siapkan dress smocking anak aku selai. Lain2 macam biasa siapkan tempahan baju kurung untuk cuti Raye cine nie.



Pada kawan2 yang bercuti semoga hepy bercuti n tentu ramai yg ambil kesempatan balik kg.



'selamat bercuti.'



Jemput jamu mate. aku kegilaan egg tart.

Monday 1 February 2010

Kedai Quilt Subang Jaya

Ini lah kedai pachwork yang ku pernah katakan dahulu.
Jika aku ke Subang Jaya, insyaallah pasti singgah.

Ni antara pic yang sempat aku snap. Guna enpon aje. Tapi aku minta maaf sebab aku dah cari brochure yang aku ambil dari kedai nie. so aku dah ilang alamat dan info kedai kakAna nie.
Tapi lokasi nye tentu ler aku ingat di Summit subang jaya, tingkat 3 tepi tangga masuk dari arah parking kereta.




Gambar dari Luar Kedai.





kakAna n partnernya. Kelas untuk Quilt juga ada di sediakan. memang bes berborak dengan meraka beruda nie. amat peramah n welcome kastemer. bess!


Rambang mata tengok fabriknya...
sebab aku orang baru dalam terjebak dunia Quilt so banyak bende ler aku tak tau... he.he.he..

Ada juga di jual buku2 Quilt, sempat juga rembat. walau tak tau bila nak mentelaah dan membuatnya...


Emm... ni antara alat2 yang di jual.


Button2 comel juga di jual



Kirenya semua bende mengenai Dunia Quilt ada di jual disini. ni le kedai first Quilt yang aku masuk n jumpa. So pada yang bertanya dimana kedainya... tunggu yek kalau aku singgah sekali lagi aku ambil full address.






My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts