Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Sunday, December 28, 2008

Roti Gebu




Aku suke sesangat buat roti. Nak2 bila buat menjadi lak tuh.
roti nie sebenarnya dah jadi sejarah. Nak ditempek juge gambarnya.
apa pun sodap, he.he.he..memenuhi citarasaku.
nak membeli pun satu hal gak kan. ada bahan taram jer...siap.

actualy nak buat bulat2, sebiji2 cam kedai le konon. Dek ganguan anak2 yang tak sunyi tu.
buat aje bulat2, masukkan aje dalam loyang kek. Nahh...kuar ler hasil cengini....
Inti sesuka hati aje lah. Yang ada hanya kaya... kaya lah mangsa ari tu..

Resepi
1kg tepung high protein
150gm gula kastor
10gm garam
30gm susu tepung
24gm instant yis
2bj telur
4gm bread improver
500gm air
60gm shorterning
120gm margerine
*saya tambah bread softner. kasi lembut rotiku ini.
cara-caranya...
- campurkan semua sekali dan uli hingga jadi doh. kecuali margerine dan shorterning.
Sy guna BM (bread maker)

- dah uli jd doh baru tambahkan bahan terkecuali tadi.
- doh terakhir yg sudah komplete, direhatkan selama 15min. atau hingga naik 2x ganda.
- then boleh canaikan mengikut kesukaan.
kalau nak buat bulat, ambil 50gm setiap sebiji.
- dah membentuk sesuka hati, rehatkan lagi, tengok dah naik.
- Bakar.
==sumber resepi. kelas memasak di sunflower.



Thursday, December 25, 2008

Kek African Marble










Hari nie hari cuti, smalam ada jiran menempah kek cekelat.
Langsung pagi ni mencuba resepi kek african marble dari blog sesedap rasa.
thanks Wani. ternyata tidak mengecewakan.

Resepi ni diubahsuai skit. sy kurangkan gula. Apa pun alhamdulillah..
sedap, gebu dan lembut.
tapi rupa tak secantik tuan punye resepi. he.he...
akan improve nanti yerk wani. sila komen. satu lagi canne nak wat belang cam nko tu??

resepinya..

Bahan-bahan:

250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari (wani guna chocolate emulco dan orange emulco)
cara-caranya:

-Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
-Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang.

-Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. (wani bahagikan adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian dicampur chocolate emulco, 1 bahagian dicampur orange emulco dan pewarna oren, 1 bahagian lagi dibiarkan plain. guna senduk, lapiskan 1 1/2 senduk adunan chocolate, 1 1/2 senduk adunan orange, 1 1/2 senduk adunan plain, dan ulang hingga habis. bila dh habis, lorekkan permukaan adunan kek di dalam loyang. jika hendak dimarblekan pun boleh jugak - ikut kreativiti masing2.)
Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.


(wani mulakan membakar pada suhu 160, hanya guna api bawah. setelah hampir masak - cucuk bahagian tengah kek dengan lidi dan bila dikeluarkan, lidi bersih - wani tukarkan ke api atas bawah. apa2 pun, ikut ragam oven masing2 ya.)
Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.


REsepi nie dicopy dari blog sesedap rasa. tak alter pun apa tuan punye kata. he.he..he.e
blasah jer lah labuu...
gambarnya.. atas nunn!!

2 biji buat dlm cup utk 2 org anak bujangku.




Manik Bunga Senyum




Kalau nak ikutkan mengupdate, macam2 nak taruk. cuma masa tak sempat. apa pun utk diri sendiri dan juga untuk rakan2 yg sudi bertamu, ku titipkan kerja tangan yg tak seberapa.

Baju ni dah siap, tapi tak dapat nak pos ke tuan punye.
apa pun ucapan terima kasih byk buat penempah manik ku ini. tak putus memberi rejeki kepada ku ini. apalah yg dapat ku katakan selain dari terima kasih.

Oleh kerana ini adalah salah satu minat ku. ku lanyak juga. dalam meraba2 nak menanam bunga dibaju mu itu. wlau blom sampai ketanganmu. ku harap nko dapat menjamu mata dahulu.






Baju Sulam Tangan udah Siap.




Baju dah lama siap.
Nak masukkan gambar aje makan masa.
Leceh skit kan nak itu ini.




Saturday, December 6, 2008

Manik kekasih gelapku






Suka-suka aje aku letak name nie. 3 hari menyulam manik ni, akhirnya siap sampai ke tangan tuannya. waduhh.... rasa tak sabar nak tengok hasil jait buat aku pulun menjait. he.he.hee....

Apa pun siap seperti yang dijangka. Dalam keadaan musim cuti sekolah aktiviti kraftangan macam nie aje yg mampu aku buat. Almaklumlah, anak2 keliling, nak itu ini, teman nengok citer kartun pun jadilah. Sebahagian aktiviti yang tidak berkaitan mesin jahit adalah menjahit manik. selebihnya sikit2 buat sulam riben.

Tuesday, November 25, 2008

Baju kurung Sulam tangan dan aktiviti terkini ku.







Sedang dalam proses menyiapkan baju kurung sulam tangan.



masil dalam kerja2 menyudahkanya.
Lambat pula siapnya. Keje2 tangan begini diselang seli dgn aktiviti dibilik jait saya. So ambil masa lah nak disiapkan. Cuba juge saya bahagikan masa antara keje-keje tangan dan keje2 menjahit dibilik jahit.



Ada lagi yg tempahan langsir yg perlu saya bereskan sebelum muncul Aidiladha.








Gambar dalam bilik jaitku.


























Dalam proses menyelesaikan Tempahan.








Tuesday, November 18, 2008

Cup Cake Giant.



Resepi yg sama gak nie.... tapi yg nie kene sebijik sure kenyang.
saje buat dlm bekas besau cepat sudah.
ni ada time nak cepat ler ni..
nak sambung keje lain lak kan

Cup Cake





actualy bukan ler payah sgt.
resepi kek cekelat aje.
cuma dah tuang dlm cup tu..jd ler cup cake.
suka2 kasi anak terliur nak makan.

merasa gak ler jiran2ku.

korang nak resepi?

sonang joo...

1cwn serbuk koko
2cwn tepung
1/2cwn susu pekat manis
1cwn minyak
1cwn gula (tak nak manis kurangkan sukatan)
1cwn susu cair
essen vanila
serbuk penaik
soda bicarbonat.


cara-caranya...
- korang taruk semua dlm satu bekas, godek2 bahan nie.
- kalau jadi sure dia ada buih2 skit.
- tips ler tu konon. tapi biasa tidak mengecewakan.

Sunday, November 16, 2008

Balang Sulam Riben





Dalam proses membuat balang kuih sulam riben.
baru siap satu. kekonon nak buat lain2 bunga.
ni ada satu dah siap.
keje macam2 nak buat.
Yang nie dah teruja sesangat nak tengok hasil.

Saturday, November 15, 2008

Si Aisyah Yang Nakal



Udah genap setahun, Masih blom berjalan.
kejap aje masa berlalu.
Bertambah nakal.

Rambut blom tumbuh.Sejak Lahir tak de rambut.

Manik Bunga Rindu.


Selesai gak jahit nie.
cuci mato yek.

Tuesday, November 11, 2008

Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan menjelma

sekejap saja masa berlalu,
dah nak masuk ramadhan.

tempahan utk syawal seperti biasa alhamduillah.
terpaksa juga tolak.
memang begitu musim2 begini.

apa pun bersyukur dgn rezeki yg dilimpahi Allah.
jua untuk anak2.
Kehadiran mereka bertiga membuatkan aku giat berusaha mencari rezeki.

Wednesday, May 14, 2008

14 mei 08

Hari yg letih dan lesu rasanya.

Pepagi aku ke pejabat pos poskan parcel.
kemudian ke kedai mesin jait. pesan mesin utk studentku yg akan memulakan kelas pd 18/5/08. bulan mei nie..kebanyakkan student aku budak 'U' yg sedang bercuti semester.

aku gunakan sistem yg aku create sendiri. sistem yg cepat dan efektif utk dorang blajar. tak de lagi pola2 cam potong2 kertas, tu time aku blajar dulu.
now aku simpulkan. aku ubah menjadi lebih senang.
bertahun aku belajar, kesana kesini. akhirnya aku paham.Dan dpt mencipta cara mudah belajar menjahit langsir dan baju.

Bila dikenang, alahai...letih jerit perih nak dapatkan ilmu.
Kelantan..menyimpan seribu satu duka ku sepanjang menimba ilmu.
pernah mengalir air mata ukt mendapatkan rm3 bagi sehelai baju.
Pernah kerja tanpa gaji. Pernah juga ditipu.
alahaii..semua adalah kenangan yg mahal dlm hidupku.

nanti sambung lagi....

Tuesday, May 13, 2008




Dengan minat ku ini...
Banyak masa kutumpukan untuknya..
kadang masa jua tidak menizinkan dengan
kehadiran 3 cahayamata yg amat menyenangkan.

Pengenalan diriku

Aku mula menjinakkan diri dalam bidang kaum hawa ini setelah berhenti kerja 7tahun yang lalu. Walau sayang meninggalkan pekerjaanku. Apakan daya, aku hanya insan biasa.
Lebih sayangkan keluarga kecilku ini.
Atas niat dan minat yang ada, ku semai dan ku pupuk hobi dan minatku ini menjadi realiti.
Bukan satu mahupun dua, malah banyak pengalaman dan tempat ku mencari ilmu ini.
Namun aku puas dengan apa yang ku dapat hari ini.

Dengan minat ini akhirnya telah menjadi satu pekerjaan bagi diriku.

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?