Friday, November 6, 2009

N3 sibuk he.he.he...

Kebelakangan ni aku macam bzzz aje. eemm....?
sebab banyak akiviti hujung taun. Apa pun aku amat rindu nak ngadap PC.
Kalau ada di cipta mesin jait bersama computer, together2 bleh buat keje.
Menjahit dan bertenet. fuhh!! mesti bukan aku sorang aje tukang jait yg sanggup beli gadjet ni kan. Biasa malam atau awal pagi aku jengok Tenet ni, Tapi tak bleh lame juge lah.

Aktiviti aku... seharian aku merepair mesin jahit yang meragam. Agaknya dia penat kot, minta di manja2. Mesin aku semua Brand singer, dari mesin high speed, mesin jahit tepi hingga ke mesin portable.
aku suke benar brand singer. Tapi mesin portable aku tu uzur benar. tapi masih berguna.


Ni lah mesin yang meragam ituww.... buruk tapi amatlah berjasaa...

Walau sesibuk mana punn... aku tetap nak joint kawan maya yang sentiasa meriah. aku cube juge lah menambah warna warni hidup aku ni kan.
Walau apa pun hidup perlu diteruskan. Hari ke hari, pelbagai dugaan dan cabaran mematangkan diri. Sekerdil ini diri, ku panjatkan segala kesyukuran.
Hanya dengan Bersyukur sahaja diri menjadi lebih redha, tenang dan tabah.

Back to aktivit Hexy, aku dah siapkan untuk Mas, sedang menjahit untuk kakShima. nanti ya kakShima... ni gatai tangan joint kutu Quilt Fida (aku tak pandai buat Quilt punnn....). masuk juga aktiviti Stash Swap hani. Apa pun kawan2 bloger memang bess.


Blue hexy untuk Via.

Friday, October 30, 2009

Hari yang bes, Menang Giveawayyyyy......

Hari nie terima hadiah giveaway from KakDiah http://diahrothman.blogspot.com/
Terasa amatlah seronoknyaa... Meh tengok apa aku dapat.


Aku dapat 3 barang, berwarna warni pulak tu. Thanks kakD.....


KakDiah, bende ni biasa org buat ape? letak kat keychain yek? he.he.he... maaf ye naiz tak tauu...


Ni pulak kerja yg sedang ku jalankan, selain membuat Hexy dan dress smocking aisyah juga menyudahkan beberapa helai baju kurung. Lawa memikat kain bunga dia termasuklah Frill yang digunakan. eemm... semangat aku nak jait.


Menarik pulak renda dia nie. Ni tempahan Dari Yati pegawai Farmasi Hospital Taiping. Baik betul budak nie, lemah lembut. Prepare untuk majlis pertunangannya nanti. Untuk Ruang Hall blom disiapkan lagi, sabaq nohhhh!!

Thursday, October 29, 2009

Second Smocking dress

Baju kali ni ngam2 dengan saiz Aisyah. Kali ni aku tambah tali kat tepi.


Aku cuba buat coler kaler lain. eemmm... dah siap baru sibuk search, ade ke org buat bj smocking coler dia kale lain? aduhaii... rupanya tak ramai buat. tak pe lah kan!
Dah ready nak di cantum di bahagian leher.


Ni bahagian belakang baju, siap nak dicantum di bahagian hadapan.




Bahagian belakang yg dibuat kedut manual.


Bahagian hadapan yang telah di jahit smocking, nak di cantum di bahagian atas baju.


Nak di cantum depan dan belakang.

Apa pun aku paling suka Bullion Roses. baik di baju mahupun di tudung, memang suka apply Bullion Roses.

Dah siap pun baju nie.. sebenarnya kira2 2 minggu lepas dah siap. tapi tak sempat nak buat N3. Tapi Aisyah blom pakai lagi baju nie. tergantung lagi di pintu bilik menjahitku ituww.....

Tuesday, October 27, 2009

Hoby yang tak terhabis di buat.


proses menyiapkan gaun kedua Aisyah.
keje macam tak abis2 pulak. aduhaii..... apa pun enjoy idup yang macam2 hoby nie. he.he.he....



Dalam masa mengemas kotak2 sebelah tv, rupanya banyak betul riben kat dalam almari tu. aduhaii... ni antaranya.. rasa mau sekotak kalau di himpun sekali. lepas tu situ2 juga aku duduk siapkan bunga2 cream tu. he.he... sempat juga siap beberapa kuntum. blom ada idea apa nak buat.

Monday, October 26, 2009

CeRiTa CeRiTi...

Semalam sampai di rumah. Keletihan macam biasa lah. Apa pun pagi ni dah tengok jadual apa lagi keje2 tertangguh. Naiz ke KL pada jumaat, Sabtu ada kelas seharian. Pagi kelas langsir, petang sambung kelas langsir advance untuk paten Romand Blind. Atas permintaan, Sharina yang Fly direct from Sarawak.




Sebelom balik, sempat bawa anak2 pegi mandi kolam.
Aisyah bersantai aje atas tangga, sebelah tu sepupu Aisyah, Si Adam Syahmi. Umur setahun, ada hati nak berenang. he.he.he....


Spesial 4 sharina yg fly from sarawak, Hope jumpa lagi untuk next kelas lanjutan langsir.


Layan lah sekeping dua gambar dlm kelas Langsir di Putrajaya, lain2 gambar di blog kelaslangsir. nanti naiz update gambar dan next kelas.


Tak di lupa bunga2 chenta hexi's yang naiz terima dari Cik Kema. thanks ya.
sebelum pegi KL naiz tak sempat nak update. apa pun naiz still menyongak2 apa nak dibuat n bagaimana nak mula...kene study juga nie.



Sunday, October 18, 2009

Parcel petang jumaat



Dah lewat petang abg posmen hantar parcel2 yang ku tunggu ni.
Pelik juga dah petang abis keje baru hantar. Around 5pm baru antar. Tinggal parcel aku aje. wal hal pagi dah hantar surat. Aku memang menunggu2 kedatangan parcel2 ni.

Isi dalam salah satu parcel tu, Hexy dari Fida.

Yang ni pulak Dari KakDiah, 30bunga hexy bersama satu pin cushion.
terasa sukanya petang jumaat tu, merah menyala. apa pun aku teramat suka dengan bunga2 merah nie. Thanks kakDiah n Fida.
Tak dilupa Buku yang ku kirimkan dari Misa. aduhaii...amatlah sukanya..
akhirnya buku ini berjaya ku miliki... Thanks Misa.


Ni baju smocking kedua telah siap. Yang ni saiz kecik aku buat untuk Asyah. nanti dah siap sepenuhnya aku tayang yek. Yang pertama tu agak besar untuk aisyah. kene tunggu umur 4 or 5 tahun. Apa pun aku dah kesukaan membuat smocking. Semalam aku ke Ipoh. Bukan berdepavali tau. he.he..
sekali sekala berjalan2 sorang terasa hepy juge. Tapi dalam kesana tak dilupa membuat hexy

Ni bekalan sepanjang jalan. siap juga semua bekalan hexy yg dibawa...he.he.he.....


Sekeping gambar nostalgia semalam. Jangan tak tau.. salah seorang bloger juga nie. sibuk didalam kelas semalam.


Wednesday, October 14, 2009

Baju smocking udah siap


Ni tangan baju ye...hehe.he....


Ni baju yang belum naiz cantum dan siapkan kemasan leher dengan kolar dan tangan baju.




Apa pun akhirnya siap juga. tak cantik sangat lah , maklum ler first time. Akan menyusul lagi nanti. Walau tak de masa, ku curi2 menjahit berselang seli dengan kerja2 lain. kehendak membatasi segalanya... Tak sabar menantikan buku A-Z smocking dari Misa. Plan kalau tak dapat juga buku A-Z smocking tu, naiz akan ke Alamanda MPH, on 25hb oktober. Thanks Misa.


Banyak yang perlu di perbaiki, apa pun berpuashati dengan hasil tangan sendiri. walau tak secantik hasil smocking orang lain, akan ku perbaiki...he.he.he....Ini semua kerana Aisyah.