Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Monday, November 8, 2010

Hidup yang Indah 2


kire kita sambung sini pulak yek.
terima kasih atas kesudian kawan2 singgah sini.
Meh sambung story asal ada basic ke tak cik naiz nie...

timbul semula untuk meneruskan aktiviti berblog. apa pun rindu nak sembang2 sini.
yup!! cik naiz bukan asal ada basic menjahit. betul kata mamadaniel, yang penting ada minatdan kesungguhan nak buat sesuatu. cik naiz dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, dari aliran Sains Pertanian. he.he..he.. rasanya naiz ler tahun last ambil aliran nie. taun seterusnya dah tak de aliran nie. sekolah ku bernama, sekolah menengah D'ato kamaruddin ( satu sekolah ngan Fida, lain taun), merupakan kelas untuk budak tercorot, ekek..ekekek... fida cuma ingat spec mate skima cik naiz je...adoiiii.......
kebanyakkan kelas adalah aliran perdagangan. dari tingkatan 1-2, naiz bersekolah di sekolah menengah Gaal, Pasir puteh kelantan. kekonon minat lah nak jadi peladang moden. kui..kui.kuii...

so kire tak de basic ambil ERT dari sekolah tau. lepas sekolah ambil private school, dengan aliran lagi lompat katak punye... ekek..ekek... . Ambil Electronic. fuhh! (dalam kelas ni 2 orang je pompuan, termasuklah cik naiz) so keje le kilang kat Pulau pinang. ade ler 6tahun. putar2 satu pulau abis!! sampai gak ler kat kilang buah Pala kat umah Mus, (ye ke mus??) agak2 aje... as a technician. ha.ha.haa... kawin ada anak pencen keje.

Mula lah mencari aktiviti, apa nak buat dok melangut kat rumah ja.... putar2 cari kelas, masuk MLVK, keje kedai jait, butik juga kedai langsir. at the same time ambil kursus2 sana sinun. pueh hati baru berkelana di rumah, full dengan aktiviti menjait, menyulam, mengajar... Alhamdulillahh....

gitu lah serba sedikit kisahku... kalo tak suka jangan baca yek. sekadar nak berstory pada yang sudi. now sepenuhnya menjalankan aktiviti menjahit dan berniaga dari rumah serta aktiviti mengajar kelas jahitan. syukur... apa yang ada adalah dari usha terdahulu. Guru terbaik adalah pengalaman sendiri. manfaatkan ilmu yang ada, tiada jalan senang untuk berjaya. tiada bulan jatuh keriba. usha tangga kejayaan. ingat semula kata2 cekgu time sekolah. in fact, terjumpa cekgu sekolah time dalam kelas, ya Rabbii...... apakah perasaan ku??

4 comments:

  1. ahaksss.. sungguh..
    kilang buah pala tuh kat rumah mus.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. dari orang technical buleh menjahit dan kemudian mengajar orang menjahit pulak? caya lah kak.. kalau dah minat, mmg semua menjadi... :)

    ReplyDelete
  3. sungguh aiihh? wahh.. jauh gak nohh kaknaiz putaq, time tu g umah kawan. sbb nak tgok pokok pala. wahh..rupanya sana mewah ngan pokok nie. tp kaknaiz lupo nama kg dia, yg pasti memang masuk dalam kg. thanks mus sudi lawat sini.

    ReplyDelete
  4. mamaDaniel, minat mengatasi segalanya. alang2 menyeluk pekasam. pengalaman berkerja dgn org amat bermakna. walau kdg leh nangis kene marah, dgn gaji yg murah. tahan je... :)bukan senang nak senang. thanks sudi lawat blog kaknaiz. :)

    ReplyDelete

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?