Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday 10 January 2018

Jom buat Pes Sup

Jom kita buat sendiri. boleh simpan untuk stock. bila2 nak guna ambil dan Renehkan sahaja. mudah. cepat dan sedap.
Rempah sup
HOMEMADE SOUP PASTE
kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu...
Jimat woo...boleh tahan lama ...simpan dlm fridge je...biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella...cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa
Jap g saya bg resepi naa
Sori na...lambat bg resepi...
Ni resepi dia
*REMPAH SUP HOMEMADE*
*Bahan-bahan*
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
*Cara-cara*
Masukkan semua bahan dalam penapis teh.
Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar.
Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.*
*Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya asuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.*
*Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.*
*Sup Cara saya*
*Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yg dihiris nipis...kalau tumbuk dgn lesung lagi ummmph...tumis bawang sampai hampir kekeningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing..jgn hangus sudah*😁
*Time ni paling best...aroma yang tak terkata...*
*Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yg nk dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup ..dua2 pun best...*
*Pastu masak la sup ikut cara masing2*
*Selamat mencuba.*
kredit to mas lieyana
‎Mas Lieyana‎ to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)



No comments:

Post a Comment

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts