Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, 22 November 2018

kelas Fondant Figure

Comey dak?
Assalamualaikum semua.

.
Nak invite pakar Fondant Di raja mai Kamunting. Kita blajaq yg ni . Cun melecun kan.
Tempat terhad tau
.
Tenaga Pengajar kak Khairati Ismail

.Roger! Roger! Orang-orang taiping serta kawasan sewaktu dengannya..
.
πŸ“ŒJom kawan2 kita repeat class fondant dan belajar

πŸ“Œ•Buat toppers Rabbit yang bersaiz giant.

πŸ“Œ•Belajar bancuhan magic fondant yang bila anda dah guna anda akan setia pada fondant ni.. sebab mudah handle terutama untuk beginner

πŸ“Œ•Teknik buat sharp edge yang mudah dan cara balut kek yang tinggi tanpa berlaku kedutan di bahagian bawah kek

πŸ“Œ• Bonus resepi bancuhan flower paste

πŸ”₯Tempat : kamunting Perak

πŸ”₯Tarikh: Update kemudian

πŸ”₯Jam : 9.30 pagi sampai 6.00 ptg

Boleh whasapp ke http://wasap.my/+60199988331/fondant

πŸ”₯Yuran : RM 450

Deposit wajib πŸ˜˜πŸ˜„πŸ˜

Sunday, 10 June 2018

Biskut raya 2018

Siap dah Pack biskut Bertandang
Alhamdulillahh. Walau sy memang tak open Order awal2. Sebab tak de plan nak Membiskut. "M" besar di Awal2 Ramadhan.
.
2 minggu last ni je baru rajin mai. Usha n tawakkal je lah. Dah taun ke 3 sy jual Pack Biskut Bertandang ni. Kebiasaan yang beli pun min 5pack untuk agihan Famili dan Gift atau Hamper.
.
Memudahkan korang untuk Buah Tangan atau Hadiah. Nak hidang pun mudahkan. Sy lebih banyak jual dalam Pack Bertandang ni Berbanding single2 biskut. Tapi bukan lah tak ada. Cuma kurang😘😊😌
.
Terima kasih yang Selalu Support kitchen Kecik NaizHomemade. Pack ni sy beli lama dah sebab susah dapat. Jadi pada yang Bertanyakan bekas isi biskut ni bertabahlah. Sbb bekas saya beli tempat lain. Inner pulak tempat lain. Dah Jumpa pair ni sy simpan.πŸ˜…
.
Terima kasih pada yang Sudi order. Masih ada baki biskut. Innsyaallah sy update nanti biskut apa yg ada. Juga berapa pack lagi Biskut Bertandang yang Extra.😘😍😘

Wednesday, 10 January 2018

Jadual kelas Memasak Jan dan Feb 2018

Jadual Kelas Jan & Feb 2018
Alhamdulillahh...
Sy mulakan dengan Jadual ni. Berminat wassap/PM ya.
Lokasi Kamunting Perak
Booking kelas bersama Deposit ya.
Moga berOleh manfaat untuk semua. Jomm tengok jadual dan Pilih mana suka ya.πŸ˜„πŸ˜˜πŸ˜Š
Minimum 4orang groul kelas dijalankan. Kelas dibatalkan sekiranya tidak cukup Peserta.
.
Boleh Booking Kelas Personal dengan Tarikh sendiri.
.
Jom Menambah Ilmu. Untuk menambah Pendapatan. Join Group " EveryOne Can Cook"
.
.
πŸ”₯Januari 2018πŸ”₯
================
.
13/1 = kek slice Ekonomi 4jenis rm120
14/1 = kuih pasar rm140
- kuih kasturi, Lompang, agar2 gula merah, Badak Berendam, tepung Gomak
.
20/1 = kek premium strawbery lady + kek coklat Indulgence = rm140
.
21/1 = kelas Hasila Soya + Cincau - rm180
.
23/1 - Kelas Pau = rm60
.
27/1 = kelas Layer Cake - 8jenis = rm230
.
28/1 = Kelas Kuih sejuk Beku - rm150
- kuih Boom bijan. Sardin Gulung. Karipap. Samosa. Murtabak.
.
31/1 = Kelas Talam pilihan - rm150
- talam Durian , Talam lapis sagu, Kole kacang, talam Dodol.
.
.
πŸ”₯Feb 2018πŸ”₯
============
.
1/2 = kelas kuih koci 4jenis rm120.
.
2/2 = Kelas biskut - 3jenis rm100
- Tart gulung, biskut coffe almond, Biskut butter nyonya. Bonus Famos Nz Cookies
.
3/2 = Kelas SweetBun - 10jenis rm250
Bonus Bread Roll chiken Floss
.
4/2 = Kelas Slice Cake Cafe - rm220 6jenis
.
10/2 = slice cake rm100 - 4jenis
.
11/2 = kelas Biskut Raya - 6Jenis rm170
- 3 drop cookies - 3 biskut terap bonus 2 resepi biskut pilihan.
.
24/2 = Kelas hasilan Soya + Cincau = rm200
.
25/2 = Aneka Muruku 4jenis rm200
.
.
Wassap saya
www.wasap.my/60199988331/kelas
www.wasap.my/60199988331/kelas
www.wasap.my/60199988331/kelas
.

Jom buat Pes Sup

Jom kita buat sendiri. boleh simpan untuk stock. bila2 nak guna ambil dan Renehkan sahaja. mudah. cepat dan sedap.
Rempah sup
HOMEMADE SOUP PASTE
kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu...
Jimat woo...boleh tahan lama ...simpan dlm fridge je...biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella...cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa
Jap g saya bg resepi naa
Sori na...lambat bg resepi...
Ni resepi dia
*REMPAH SUP HOMEMADE*
*Bahan-bahan*
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
*Cara-cara*
Masukkan semua bahan dalam penapis teh.
Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar.
Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.*
*Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya asuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.*
*Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.*
*Sup Cara saya*
*Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yg dihiris nipis...kalau tumbuk dgn lesung lagi ummmph...tumis bawang sampai hampir kekeningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing..jgn hangus sudah*😁
*Time ni paling best...aroma yang tak terkata...*
*Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yg nk dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup ..dua2 pun best...*
*Pastu masak la sup ikut cara masing2*
*Selamat mencuba.*
kredit to mas lieyana
‎Mas Lieyana‎ to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)



My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts