Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, 13 December 2011

Kelas Cup cake dan kek Deco Buttercream

Biasalah memang selalu lambat update blog. tak berkesempatan nak mengadap pc. Sib baik ler leh online lalu Mobile je. tu pun enpon tak canggih mana. tak kesah lah. Janji bleh on kan!!

Cerita kali ni, sehari meng'Kek"
kelas ni pada 11hb NOv.



Kelas Deco Cupcake

Deme ni sebenarnya adalah student Kelas langsir saya dari Kelas Asas langsir hingga ler ke kelas lanjutan. Nurul dari ipoh, kak fauziyah dari Setiawan.
Deme dua ni juga dah follow kelas home made coklat, Masing2 pun dah ambik tempahan mencoklat. Nurul pecah rekod buat coklat 7k pcs coklat pd Ramadhan lepas. nurul yang sebelah kanan blog. :) yg kurus comel tu. Jangan tak tau, anak dah 5. saje story. Dia antara student saya yang paling gigih dan rajin.

Kak Fauziyah, merupakan Cekgu di Setiawan, kat sek mana? kt kak Gie rahsia. bakal pencen bulan Mei taun depan. kakGie kate nak wat bisnes Langsir. Tapi kan deme ni smua menjadi pengikut mem'Baker' sebab Follow cekgu depa.. ahahahhaaa.... ayat2 depa ni ler yg kadang buat gelihati.

Sebelah pagi Nurul dan Kak Gie ambil kelas basic mendeco cupcake. so mula lah pertama kali kenal nozel itu dan ini. so semua benda baru. mendeco sendiri 16pcs cupcake.

Petang nurul dan Kak gie sambung ambik kelas deco Buttercream.
Deme ni memang first time, memang tak kenal spatula, nozel, piping beg pun. banyak ler dok gelak dalam kelas. Kelas petang tu di ikuti pulak oleh Mazita. so additional person sebelah petang. kire dalam dok nak menanam bunga tu banyak dok gelak ler. kakgie kata bunga rose dia jadi bunga kantan. dok beropol sakan. Si nurul pulak bunga dia tak de tapak, pakat kembang setaman. Mazita pickup cepat skit. mungkin sbb dia dah ade pengalaman membuat kek, tapi bukan mendeco.



Kelas mendeco kek Buttercream

Apa pun All the best.

sesungguhnya kelas2 saya adalah di mulakan dengan Student yang pernah mengambil Kursus langsir. sebenarnya antara menjahit dan memasak tak dapat lari dari naluri perempuan. so memang ramai pompuan2 sukaa... termasuk ler saya yang terjebak sekali.


Terima kasih kerana sudi buang masa membaca catitan hari nie. mood rasa nak story ler katakan... ^_^

No comments:

Post a Comment

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts