Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Thursday 26 November 2009

Salam Aidil Adha.




Dengan kehadiran Hari mulia ini. Semoga semua rakan bergembira menghabiskan masa bersama sanak saudara dan Keluarga. Dengan ingatan tulus ikhlas di ucapkan Selamat menyambut aidil Adha. Panjang umur kita bertemu lagi Aidil Adha di tahun hadapan.

Wednesday 25 November 2009

Sunyinyee....

Semacam lama benar aku tak update blog nie. Kesibukkan kerja2 tu macam biasa. Tapi yang sebenar2nya... internet di area rumahku ini down. Akibatnya makcik Naiz meroyan tak dapat tenet. Di kala malam, baru ler dapat melapangkan diri untuk menziarah rumah wajibku ini. Juga membaca perkembangan blog rakan2 maya. Dengan Email dan lain2 lagi yang perlu ku belek2. Apapun aku tetap addict nak bertenet. Aktiviti aku yang penuh itu melalaikan aku mengingati tenet.

Apa aku buat bila tak bertenet, macam biasa, aktiviti tangan yang tak pernah diam ini.



Buat beg untuk kegunaan aku merempit. boleh sling gitu aje kan. tutorial ada kat sebelah kanan blog tu.



Menjahit langsir Elyza Putri Sabah, alhamdulillah sudah diterima tuannya...


Make over sarung bantal Aisyah. udah lunyai. ganti sarung baru.


Seketika bilik diPenuhi kucing dan itik. berselerakkan di bilik menjahitku itu. Yang ini pun dah siap.

Lain2 projek aku buat, sudahkan sulam riben, smocking siap 2 helai, soping tak tinggal, tetap maintain gilo soping fabrik, serta sedang berkira2 nak menambah gajet dibahagian dapor yang udah lama ku idamkan. Harap2 dapat lah apa yang ku hajati ituww.
sekian laporan untuk ketika ini. luahan rasa dari hati ku. sekadar suka suki hati aku aje......
buat kawan2 maya, nanti ku mentelaah blog korang. baru tau stash swap tu ada lanjutan. yareeebaaa.... eemm tidak di lupa hexy utk kakDiah dan Jura. on the way. sabaq nohh!!.


Tuesday 17 November 2009

Smocking tetap jalan.



Dah dapat pun kain yang dihantar pleat. Untuk zana dan sue yg email tanya mana naiz pleatkan kain2 untuk buat dress smocking boleh rujuk http://lovelybabe-fuzzy.blogspot.com/. Dah siap dah kain2 naiz nie. hajat tu besau, kederat aje yang tak sempat2. walau lambat or cepat siap smocking dress nie, tak kesah sangat. Yang penting ada masa boleh celah naiz kait ler sulam tu sikit2, sikit2 lama2 siap lah kan smocking tu...

Naiz memang tak berhajat nak buat manual pleating cam Pianina buat, salute kerajinan pianina. Naiz ni dah ler tak sempat nak jait smocking, kalau nak harap nak buat manual pleat pulak. Alamat memang tak buat. so korang, pada yang ingin menceburkan diri dalam dunia smocking boleh layan tutorial smocking kat link naiz sbelah kanan tu. Jangan susah hati bab nak buat pleating, hantar aje pada Faziah. Dia akan memudahkan kerje kita. Cam naiz walau ada yang kata cam nak buka butik. he.he...he..x3. Bukan nak buka butik, tapi dah sekali hantar, hantar terus 2/3 helai. sebabnya... memang hajat nak buat pun. Standby aje..... siap satu..buat satu lagi...ha.ha.haaa.....(gelak jahat), jimat masa nak hantar lagi.....

untuk Faziah terima kasih yek.

Monday 16 November 2009

Ubah Angin

Semalam aku buang tebiat, cari tebiat baru. agaknya letih nengok mesin jait, kain , jarum n benang. makcik naiz telah membuka kotak alat2 mendeco. tapi keknye tak ler grand sangat, agak leh makan sefamili. Dengan harapan barang2 keperluan mendeco kek dan seangkatanya tidak merajuk dek kerana tuan yang terlampau banyak hoby... he.he.he.....


Lepas sapu Cream, kaber rupa hodoh kek ituww...... buat lakar2 skit.


Taruk aising gebu2 skit. kasi sawang2 gituww.....


Siap sesi deko2 comot ku ituww....Bunga tu korang jangan tenung sangat, time tu buttercream aku agak lembik. maklum ler tak cukup sejuk keadaan sekelilingnya...he.he.hee... dapo tak dak aircond yaa....


Ni Snap pakai henpon, camera abis batery, dah dipotong. Siap di bahagi2kan. Kasi jiran sikit. Rasanya...emm...lepas ler tekak makcik naiz nie... anak2 suke ler cream2 nie..maknye.. buang aje cream tu. rugi kan!!


suh anak ambil gambar ini ler hasilnye...aisyah kat idung ajee....muahahaaa...maknye.. tak yah ler.. memang sihat walafiatt!! , tengok pakai pisau dapo je tu...org pakai pisau potong kek. wahahahahaaa.....


cuci mato dengan kek yang tinggal separuh aje lagi....

Stash Swap


Dah selamat tiba di tanganku from cikkema... Thanks. suke sangat. ape pulak lah yek kawan2 blogger nak buat lepas nie. hope aku tak terlepas.

Friday 13 November 2009

Hexy utk kakshimaa....






Hexy utnuk kakshima. dah siap beberapa hari lalu, blom berkesempatan nak di pos.
apa pun kejap aje dah nak abis, naiz dah start juga jait untuk kakDiah n Jurra.
Lepas ni apa pulak plan kakD?
wat besday gift di kalangan blogger nak?

Thursday 12 November 2009

Santai Jap

Semalam 11hb November 09,
Ceritanya aku tak semena2 ke Lawatan tadika anak aku si Azhad, ke Zoo dan Muzium Taiping.
sebenarnya aku tak rancang pun.Lagipun kalau tak ikut sekali dengan rombongan sekolah cengini, sah2 aku tak pegi.eemm...aku tak pikir panjang pegi aje.. he.he..he... lagipun jarak antara tempat tu cuma 10min aje dari rumah aku. Ikut kan kerja, eemm...kerja aku tak abis2 juge.

Sebenar2nya pun dah berbelas tahun tak pegi situ, lalu lalang aje. paling2 aku bawa anak2 main kat taman permainan di Taman tasik Taiping. Tak mo cakap banyak meh cuci mato.



sekeping gambar Taman Tasik Taiping.


Gambar beramai2. Termasuk aisyah n abg azrul.


Ni gambar dalam zoo... tengok background. he.he.hee....


Time atas Train.


Aisyah bersama Cekgu Tadika Azhad. Cikgu Fauziah yang baik hati.

Dah keletihan. santai2 nak makan minum di luar Zoo, nak ke Muzium pulak.
Azhad di muzium.

Sesi lawatan selesai around pukol 12.30pm. Balik aje aku masak untuk anak2 n terus sambung keje2 di bilik menjahit. hexy untuk kakShima dah siap. Tapi blom pos. keje2 menjait berjalan seperti biasa. Baju smocking tidak ketinggal, juga hoby mejait beg di teruskan. ha..ha.ha...
aku jait pyramid purse, tempahan cekgu sekolah anakkuu....
nanti sambung citer lagi... eemmm...aku nak mendeco kek pulak...he.he.he...

Friday 6 November 2009

N3 sibuk he.he.he...

Kebelakangan ni aku macam bzzz aje. eemm....?
sebab banyak akiviti hujung taun. Apa pun aku amat rindu nak ngadap PC.
Kalau ada di cipta mesin jait bersama computer, together2 bleh buat keje.
Menjahit dan bertenet. fuhh!! mesti bukan aku sorang aje tukang jait yg sanggup beli gadjet ni kan. Biasa malam atau awal pagi aku jengok Tenet ni, Tapi tak bleh lame juge lah.

Aktiviti aku... seharian aku merepair mesin jahit yang meragam. Agaknya dia penat kot, minta di manja2. Mesin aku semua Brand singer, dari mesin high speed, mesin jahit tepi hingga ke mesin portable.
aku suke benar brand singer. Tapi mesin portable aku tu uzur benar. tapi masih berguna.


Ni lah mesin yang meragam ituww.... buruk tapi amatlah berjasaa...

Walau sesibuk mana punn... aku tetap nak joint kawan maya yang sentiasa meriah. aku cube juge lah menambah warna warni hidup aku ni kan.
Walau apa pun hidup perlu diteruskan. Hari ke hari, pelbagai dugaan dan cabaran mematangkan diri. Sekerdil ini diri, ku panjatkan segala kesyukuran.
Hanya dengan Bersyukur sahaja diri menjadi lebih redha, tenang dan tabah.

Back to aktivit Hexy, aku dah siapkan untuk Mas, sedang menjahit untuk kakShima. nanti ya kakShima... ni gatai tangan joint kutu Quilt Fida (aku tak pandai buat Quilt punnn....). masuk juga aktiviti Stash Swap hani. Apa pun kawan2 bloger memang bess.


Blue hexy untuk Via.

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts