Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.
Showing posts with label koleksi Kelas. Show all posts
Showing posts with label koleksi Kelas. Show all posts

Thursday, 25 December 2014

Tahun Baru 2015

 kelas victoria sandwish kek

 Kelas puding kek mabeles

 Kelas aneka bangkit

 kelas frozen

 kelas kek kahwin 2tingkat

 kelas aneka muffin



 kelas roti sarang lebah n ciken floss


kelas Asas kek/basic baking class

assalamualaikum. tak sempat nak update blog, kelas masakan sentiasa berjalan. boleh rujuk jadual sebelah. booking awal ya. tq

Friday, 6 January 2012

Kelas Sulam riben n Deco Hiasan







As salam, semalam 5hb Jan 2012

Pn Mastura ambil kelas sulam riben asas dan Deco hiasan.

Pn mastura berhajat untuk membuka kedai craft homemade.

semoga cita2 tercapai. selain tu Pn Mastura sekarang menjual seluar boxer yg di design sendiri.


pada yang berminat untuk kelas personal only di Taiping. boleh booking tarikh.

Tuesday, 18 October 2011

Mereport sat ;)


Extra deco Cupcake dari CT ;) bawa balik untuk 2 side Famili. ;)





Kelas deco cupcake 15hb Oct.

Ct dah lama nak blajar, asik tertangguh. walau datang lewat, dapat juga Ct siapkan
16pcs hasil tangan sendiri. Ct first time main aising, insyallah boleh aje kalo ade minat. Plan Ct nak bisnes. :) Ct mai dari Pokok Asam.


Kelas HomeMade Coklat 16hb Oct.

di hadiri oleh Aziezah dari Penang (housewife yg nak berbisnes) n Cekgu Fauziyah dari Setiawan. ( dulu blajar Langsir di Ipoh dengan saya, Plan untuk pencen tahun depan ;))

Alhamdulillahh... selesai seperti yg di harapkan. kebetulan ade tempahan apam. Jadi buat lebih untuk makan2. Tapau sorang sikit wat balik. :)


Terima kasih ya.

Untuk yg ingin belajar. boleh sms or kol sy 019-9988331

next kelas saya akan update kat sebelah kanan tu. ;)

Lokasi saya = Taiping Perak.

Friday, 7 October 2011

Kelas Langsir Personal




Assalamualaikumm...

Jarang2 nak update blog sbb kegilaan di Facebook. Melepak sane lebih dr berjalan2 blog. Ape nak buat.. lepas nie ape ler gamaknya keluar. Saya bertenet dari zaman Forum, ke Fotopages, terus BerBlog dan sekarang Facebook.

Jadi tentu ramai kawan2 dari dulu hingga sekarang di maya ni. Kadang memang terlupa pun pernah berchat satu waktu dahulu. Mula suka suki aje... zaman mak2 canggih nie. boleh tersenyum sengih depan pc, laptop n henpon.

Apa pun bukan nak cerita ledakan teknologi. nak Cerita perubahan hidup dari blur2 tak tau nak buat apa, hingga penuh padat aktiviti.

Ni sekadar tempek aktiviti yg tidak pernah di lupakan, Kelas menjahit langsir. Pn Hajah Khamisah ni dari terengganu. Dia kata dah pencen tak nak dok saje. Rajin n cermat orangnya..
So now rumah saya dah jadi kelas Menjahit Dan Memasak. ;)

Untuk kelas langsir macam ni sy namakan kelas Langsir Personal. laporan ada di blog sebelah Kelaslangsir.blogspot.com (tak pandai link).

saje nak bercerita, since ramai yg inbox di facebook n email sahaja. sy masih menjalankan kelas ni di luar. blog ni pun slow jer kan. since dah sengget hari tu. alhamdulillahh... terima kasih buat fb Mawar Berduri, sudi fixkan blog saya semula. sungguh Buta IT ;(

terima kasih ya sudi singgah di blog tak seberapa nie...

Sunday, 3 July 2011

kelas Personal Sulam Riben dan Tudung





kelas on 2hb Julai 2011, Akmal datang dari sri iskandar nak belajar dua benda ni. Seni sulam riben asas dan seni jahitan tudung. Dah lama akmal kontek saya. cuma baru tercapai hasrat datang Taiping. ;)

so hari tu siap 2 jenis tudung. n 2 jenis sulam riben. wall hanging n pouch. kata Akmal scary time mula nak buat. then bila dah siap, dia sendiri tak percaya boleh buat. boleh punyaa...janji ada minat.

so pada korang yang minat. n nak belajar kelas personal. boleh datang Taiping... jauh eekk? eemm... Akmal datang dengan cik huby yang hantar n pegi jalan2 sementara cik isteri belajar. Kelas mula pukul 9.30pagi selesai dalam pukul 3 petang.

terima kasih ye dik!

Monday, 27 June 2011

Kelas Langsir




Gambar di atas adalah kelas langsir asas di P8, Putrajaya on 26hb June 2011.

As salam buat semua... kehulu kehilir menjadikan hidup penuh padat, sesak of aktiviti. namun tidak ler dikesali. kerna ini ku namakan pekerjaan. Pekerjaan yg ku create sendiri. terima kasih buat peserta2, kawan2 yang masih setia mengunjungi blog ini.

Lama dah dapat nak update. sbb kesuntukan masa mengadap pc. but masih setia dengan desktop gedebak. tak de lappy nak di angkut. tapi memadai lah ada enpon yang tak berapa maju untuk check email n facebook. Jadi lah... bagus juga teknologi yang ada membantu dalam perkerjaan.

Aktiviti menjahit adalah tetap, hoby baking juga seiring. plan sudah ada untuk kelas deco kek di Taiping sahaja buat masa ini. kelas coklat pun still ada. Lihat jadual sebelah Kanan blog tu ya...
kalau teringin nak joint kelas naiz boleh kontek naiz. booked kelas, no phone 019-9988331

insyaallah panjang umur naiz update lagi... terima kasih.

Wednesday, 16 December 2009

Salamm...salammm....


dua orang budak nakal


ni aje sekeping gambar dari kelas, kadang tak berkesempatan. dah settle semua baru teringat. he.he.he... sempat juga berkenalan dengan Daeng yang bakal pulang ke Sarawak.

Salam sejahtera buat semua. eemm...berkulat juga rasanya tak cuci rumah sendiri. Sapu2 sawang.

Storyyy?? eemm...byk bende nak di story. he.he.he...
apapun tetap kerinduan nak bertenet. Pagi nie naiz nak jalan2 ke blog kawan2. rasanya banyak juge yang terlepas. Blom berkesempatan dowload semua pic. eemm... Lagipun naiz tak snap byk pic, kebiasaan begitu lah.

Sepanjang bergelap, naiz sempat ke pesta buku di subang jaya, berdekatan dengan tempat naiz mengajar, kebetulan pula ada pesta buku. Terjumpe pulak dengan buku2 kraf dan seangkatanya...

Sehari tu, pada 12/12/09 sempat singgah ke Summit, waahh..terjumpe juga dengan kedai pachwork. sebab naiz kata terjumpa... tak mungkin berjumpa kedai tersebut kalau tak parking di aras yang sama, sebabnya kedai tu terletak berhampiran tangga masuk dari parking kereta. suke juge mencuci mata, ada masa naiz paparkan apa isi kedai itu. katanya baru buka on Julai. pada sesiapa pernah ke sana mungkin terkedu cam naiz juga kot. sebab terkesima tu naiz ni tak pernah terjebak dengan pachwork, rupanya banyak bende naiz tak tahu...he.he..he....

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts