Aktiviti saya seharian. kelas juga tempahan produk Bakery. Juga saya menerima tempahan Langsir juga Kelas. 019-9988 331
Monday, 18 July 2011
Kek Coklat Indulgance.
Taraaa... ni ler lapisan dalam.. komen... sodap..hehehehe....
siap... ready nak potong.. eemmm...
Tuang coklat... nampak jer dah nyummyy...
Kegilaan kek coklat nie menular bila adik2 ku kerap menyebut kek ni di secret resepi. So time lalu lalang di secret resepi ku beli ler 1 slice.. menikmatinya... eemm.. ok jer lah.
Rasa nak buat sendiri sbb digilai adik2ku....
Buatnya banyak peringkat. tak ler susah sangat kalau tau shortcut.
alhamdulillahh.. dapat di realisasikan coklat nie..
so dengan tak semena2 juga.. ada pulak yg minta tempahan kek ni.. kire xcident yg bagus bila saat kita geram org suka kek ni. di cuba... menjadi. ada pulak yg menempah. Alhamdulillahh...
nak resepi yek!
Chocolate Indulgence Cakes
Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila
Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.
Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)
Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air
Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)
*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.
Cara-cara :
Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.
Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.
Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.
Ehsan resepi dari ... tq ya kakwan. ;) *http://resipicitarasawan.blogspot.com
Labels:
kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
aku pun tak tau korang nampak ke tak pola nie. sbb aku sendiri tak ingat mana aku dpt nie. cuma aku rasa tak susah nak jait, yg membezakan b...
-
Nak jugak Bomboloni kaa bombolina kaaa... ( Nama Ai) permintaan x mo inti leleh. Ok anak2. Inti Cream Diplomat Vanila....
-
Aku teramatlah suke kek ni. ni gambar file, saje nak nempek. kire first trial aku menjadi la... he.he.. ok le tu... merasa jugak kek gulung ...
-
Jahit sebiji manik besar untuk ruangan tengah bunga Masukkan manik dan labuci berselang seperti dalam gambar diatas dan bawah. gambar diatas...
-
Ini adalah pola susunan dari 4 meter kain seperti yg telah dijanjikan Untuk Bahu tambah 1inci, Labuh baju tambah 2inci, Panjang tangan tamba...
-
Kelas telah di adakan pada 9/2/13 di MudahMart sg dua, Butterworth Penang. alhamdulillahh... atas permintaan kek Pe...
-
Mungkin ramai yang tahu, ini adalah tools set untuk membuat butang bungkus.Terdapat dalam berbagai saiz.Digunakan untuk membuat butang langs...
-
Ini lah kedai pachwork yang ku pernah katakan dahulu. Jika aku ke Subang Jaya, insyaallah pasti singgah. Ni antara pic yang sempat aku snap....
-
Peralatan mudah sangat nak didapati. 1. Lekatkan span dgn gam 2. Lekatkan pulak Kain yg dah disulam bunga riben. 3. Pandangan bawah 4. Tr...
-
link ke NaizHomemade Group https://chat.whatsapp.com/Bazq12gaQmL2b0JfzPja54
fuhh inaa..banyaknya step dia..ni kena betul2 rajin ni baru boleh nak buat..hehehe, tq ina for resepi, simpan dulu..
ReplyDeletekaknie... boleh try nanti. sodap aiihh.. rasa lg bes dr secret resepi tu..;) try nanti habaq nohh!
ReplyDelete