Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, 27 January 2010

Aktiviti apa ya??

Ku mulakan bicara dengan gambar2 sekitar apa yang berlaku. sebahagian saje lah kan. tapi ni antara peristiwa yang telah berlaku. he.hehe......


Kelas Langsir di Subang jaya on 23hb January, khas utk kakDayang yang datang jauh dari sabah bahh....
ambil full course langsir dari asas kelanjutan langsir. seharian di situ bermula pukul 9.30pagi until 5.30petang. Amatlah ku hargai akan kesudian mereka semua. Tidak lupa juga para peserta Lain, Terima kasih.



Ni cream puff aku. walau rupa tiada tapi boleh lah melepasi tekak ku yang amat teringin berkrim puff. pestime juga aku coba. he.he.heee.... korang jangan gelak nengok ghope cream puff aku yek.



Kutu Quilt aku pun siap juga. dah selamat ku pos pada Hani. Maaflah jika tidak secantik quilt sifu. juga Pestime berQuilt. apa pun bende baru di tahun baru. make me funn!! walau kebizian dengan tugasan lain. Maklum lah bekerja sendiri, dengan hoby yang tak sudah2. Terima kasih buat kakDiah yang tak jemu2 melayan panggilan dariku...muaahh!!

Sebenar2nya bagiku walau sibuk, walau letih. tapi menjahit perkara berkaitan Hoby adalah satu terapi buat diriku. siap aje bende yang di buat, aduyaii... satu kelegaan dan kepuasan walau kadang hasil tak seperti diharapkan. he.he.hee...


layan yek slide aku nie. semua kenangan dalam kelas selama aku menyelam.





Tuesday, 19 January 2010

Berfikiran Positif

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.
Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.
Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.



Dah lama tak masuk rumah, ku dahulukan dengan motivasi untuk diri aku sendiri juga harap bermanfaat untuk rakan2 juga.

Sunday, 3 January 2010

N3 pertama D tahun Baru.

Salam tahun baru walau agak terlewat.
Lama juga aku bergelap yek.

eemmm...ape citer korang yek. aku macam korang juga kot, sibuk nguruskan anak sekolah. Prepare itu ini, juga Seperti biasa menguruskan perkejaan aku nie.

Aku pun sebenarnya sentiasa online. cuma tak dapat nak update cerita sebab masa tak mengizinkan. Walau apa pun banyak cerita yang nak di story, layan pic aje apa yg dah aku buat. pada yang bertanyakan mana kedai Quilt yang ku ceritakan dulu, insyaallah aku akan buat entry nanti. lagi pun dah kautim ngan kak Ana, tokey kedai tu.

cuci mata lah yek ngan gambar2 ku titipkan ini. sebahagian perkara yang telah berlaku. eemm...apa citer korang yek. nanti aku jalan2 ke blog kawan2. tentu banyak story yang aku dah terlepas.



Cuppies makan2 time tetamu berkunjung.


salah satu pic kelas yang aku sempat snap



Gambar terbaru anak2 aku. Smalam dah potong rambut prepare nak ke sekolah. Aisyah mentain yek rambutnya.

Gambar kiriman yati. kalau korang masih ingat, kain langsir tu aku paparkan pada entry lepas.
Aku tak berkesempatan menghadirkan diri di majlis pertunangannya... Langsir satu rumah dengan warna n paten berbeza aku yang jait. cuma aku ambil sekeping untuk tatapan yati. hope dia view blog aku..he.he.hee...

Aku now paling suka makan donat. he.he..ni donat ala naiz kegemaran aku. anak aku suka donat coklat. tak pulak aku snap picnye...he.he... walau rupa tak seperti ala jco, ala big epal, tapi lepas ler tekak aku..huhuhuuuuu....



Wednesday, 16 December 2009

Salamm...salammm....


dua orang budak nakal


ni aje sekeping gambar dari kelas, kadang tak berkesempatan. dah settle semua baru teringat. he.he.he... sempat juga berkenalan dengan Daeng yang bakal pulang ke Sarawak.

Salam sejahtera buat semua. eemm...berkulat juga rasanya tak cuci rumah sendiri. Sapu2 sawang.

Storyyy?? eemm...byk bende nak di story. he.he.he...
apapun tetap kerinduan nak bertenet. Pagi nie naiz nak jalan2 ke blog kawan2. rasanya banyak juge yang terlepas. Blom berkesempatan dowload semua pic. eemm... Lagipun naiz tak snap byk pic, kebiasaan begitu lah.

Sepanjang bergelap, naiz sempat ke pesta buku di subang jaya, berdekatan dengan tempat naiz mengajar, kebetulan pula ada pesta buku. Terjumpe pulak dengan buku2 kraf dan seangkatanya...

Sehari tu, pada 12/12/09 sempat singgah ke Summit, waahh..terjumpe juga dengan kedai pachwork. sebab naiz kata terjumpa... tak mungkin berjumpa kedai tersebut kalau tak parking di aras yang sama, sebabnya kedai tu terletak berhampiran tangga masuk dari parking kereta. suke juge mencuci mata, ada masa naiz paparkan apa isi kedai itu. katanya baru buka on Julai. pada sesiapa pernah ke sana mungkin terkedu cam naiz juga kot. sebab terkesima tu naiz ni tak pernah terjebak dengan pachwork, rupanya banyak bende naiz tak tahu...he.he..he....

Saturday, 5 December 2009

Paten smocking


Ni pakai henpon, sebab kamera aku tu batery dia ilang sebji. Sebab boleh hilang, anak main untuk kereta mainan. Yang ini dah siap buat smocking, cuma blom buka n jait jadi dress lagi. Pasal paten, aku tak de refer mana-mana paten. Just gabungkan aje mana paten jahitan. n hasilnya ini. Aku jait tak kemas mane. takat lepas aje ler... tengok Erpa Ahdayani buat smockingg..aduss...kemas cantik. inspirasi juge nie.


Sebenarnya dah cube dari semalam nak load pic nie.
scan aku tu dah nak rosak agaknya...

untuk paten hati tu..aku refer kat sini. so pada fida dalam buku yang akak kata tu pun tak de paten, cuma clear cara menjahit. Gabungkan jenis paten, maka dapat ler paten sendiri. atau lihat paten baju sedia ada. boleh ubah jenis2 mata jahitan aje.



contoh gambar di atas adalah rujukan aku. dari paten atas tu aku just tukar aje lah mana2 mata jahitan. so rasa tak de masalah untuk orang yang tak berapa reti macam aku.

Aku bukan pro, tapi aku tunjuk contoh canne aku buat paten. aku pun tak de sebiji pun magazine smocking tu. Tentu juga nak dimiliki.... kat sini saje je nak share nak korang.
Harap dapat le memberikan idea.


My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts