Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, December 27, 2011

Alphabet Cutter



Alphabet cutter untuk di jual.
pada sesiapa yg berminat boleh contek saya.
selagi stock masih ada.

harga untuk 3set.
bukan satu2 tau. ni kira murah among the adik bradik dia lah nie.
Fondant cutter, untuk tulisan atas kek. :)

Friday, December 23, 2011

Tempah Coklat Door Gift


pack of 2pcs choc pralin inti pelbagai perasa seperti papermint, lemon, oren, strawbery dah Keladi. Juga berinti badam.



1,000 pcs tempahan door gift sempena perkahwinan :)
terima kasih ya Ustazah Zan :)

kek Carrot Walnut Cream cheese


Melepa kek with Cream Cheese


Salut dengan badam



kita Gentel dulu carrot yg nak di tanam hehehee....



Taraaa... dah tanam Carrot kita naikkan daun yek!!




Haaa... dah tumbuh daun puunnn... :)



Meh layan isi dalam Carrot kek ini.


sangat lah sedap kek nie. tiap bite terasa crunchy walnut panggang. ermm.... wallah


Tempahan di terima, Delivery sekitar taiping, kamunting dan sewaktu dengannya...

taun depan will plan utk kelas kek Continental. :) ade yang berminat?? ^_^

Monday, December 19, 2011

kek italian rainbow











Kek yang wajib ada di setiap blog masak memasak sekarang. ku tak ketinggalan. maklum ler gilo mem'kek' sekarang. akan di masukkan lagi kek2 continental.


sebab ada perminataan untuk kelas kek continental. Kire projek taun depan lah yek.

layan lah gambar diatas. step by step dari proses melepa, menyusun, hias lebih kurang kek ni. sebab tak leh over2 sebab isi kek ni amat mengujakan! :)





Saturday, December 17, 2011

Kelas Cupcake deco for today!!


Tekun Anis mendeco


Hasil tangan Anis hari nie.

As salam. hari nie kelas cupcake di rumahku di Kamunting.
Sepatutnya 2 org kelas hari nie. oleh sebab yg tak dapat di elakkan seorg lagi tak dapat hadir.

Anis datang dengan mak n ayah dia. Masih belajar, bercuti semester katanya. memang minat nak belajar meng'kek'. Dengan sokongan mak ayah dia pulak. Tentu lagi senang keje saya. Sebab saya biasanya bertanyakan tuan empunya diri. kalo tak minat jangan buang masa dan duit. ^_^

Pertama kali mendeko dan mengenali buttercream dan nozel. alhamdulillah... senang di ajar cik adik ni. senang je dapat. hope dapat ler membuat cuppies yang di harapkan.

terima kasih ya Anis.


**** pada mereka2 yg berminat boleh mendaftar. tarikh kelas akan datang telah saya update di sebelah. :)

Friday, December 16, 2011

Jadual kelas Memasak ^_^ Januari 2012

kelas coklat, cup cake, kelas kek Barby Doll n kek buttercream.
Pd yg berminat sila mendaftar.






Kelas coklat home made (rm180) =1hb Jan 2012 dan 4hb jan 2012









kelas cup cake (rm150)=2hb Jan 2012 dan 7hb Jan 2012






kek buttercream (rm180) =2hb Jan 2012 dan 14hb Jan 2012







Kelas kek Barby Doll rm160= 2hb Jan 2012 dan 7hb Jan 2012




***lain2 tarikh or kelas boleh request. kalau tak clash dengan agenda lain, boleh On kelas . tq ;)
019-9988 331 = Ina

Wednesday, December 14, 2011

Aktiviti Menjait




Aktiviti yang paling dekat di jiwa...
menjahit tetap di hati. walau sibuk dengan mem'baking' sekarang. kire sekarang memang kurang masa melangut. Ada ja kerja... padan lah kan. nama pun suri rumah. memang keja tak abis2, tapi laa ni sibuk dengan dua kerja nie bertambah ler kaki tangan bergerak. ^_^

Sebenarnya tu 30min sebelum magrib, baru bace semula surat yang di terima. Nak hantar anak ke kem Anak Solleh. semua dah prepare. tenung bace semula owh nak kene bawa cadar n bantal. so sebelum solat magrib siapkan tiga benda diatas. Dengan blasah stok kain yang mana ada jer.. ( sebenarnya stock penuh stor pun, hahahahhaa..... _

Fitted single, pencil case ( sbb dia kata kotak pencil dia dah rosak ) dan sarung bantal busuk.
Alhamdulillahh... terdesak gitu, cepat je siap kan!!

layannn.... :)

Tuesday, December 13, 2011

Kelas Cup cake dan kek Deco Buttercream

Biasalah memang selalu lambat update blog. tak berkesempatan nak mengadap pc. Sib baik ler leh online lalu Mobile je. tu pun enpon tak canggih mana. tak kesah lah. Janji bleh on kan!!

Cerita kali ni, sehari meng'Kek"
kelas ni pada 11hb NOv.



Kelas Deco Cupcake

Deme ni sebenarnya adalah student Kelas langsir saya dari Kelas Asas langsir hingga ler ke kelas lanjutan. Nurul dari ipoh, kak fauziyah dari Setiawan.
Deme dua ni juga dah follow kelas home made coklat, Masing2 pun dah ambik tempahan mencoklat. Nurul pecah rekod buat coklat 7k pcs coklat pd Ramadhan lepas. nurul yang sebelah kanan blog. :) yg kurus comel tu. Jangan tak tau, anak dah 5. saje story. Dia antara student saya yang paling gigih dan rajin.

Kak Fauziyah, merupakan Cekgu di Setiawan, kat sek mana? kt kak Gie rahsia. bakal pencen bulan Mei taun depan. kakGie kate nak wat bisnes Langsir. Tapi kan deme ni smua menjadi pengikut mem'Baker' sebab Follow cekgu depa.. ahahahhaaa.... ayat2 depa ni ler yg kadang buat gelihati.

Sebelah pagi Nurul dan Kak Gie ambil kelas basic mendeco cupcake. so mula lah pertama kali kenal nozel itu dan ini. so semua benda baru. mendeco sendiri 16pcs cupcake.

Petang nurul dan Kak gie sambung ambik kelas deco Buttercream.
Deme ni memang first time, memang tak kenal spatula, nozel, piping beg pun. banyak ler dok gelak dalam kelas. Kelas petang tu di ikuti pulak oleh Mazita. so additional person sebelah petang. kire dalam dok nak menanam bunga tu banyak dok gelak ler. kakgie kata bunga rose dia jadi bunga kantan. dok beropol sakan. Si nurul pulak bunga dia tak de tapak, pakat kembang setaman. Mazita pickup cepat skit. mungkin sbb dia dah ade pengalaman membuat kek, tapi bukan mendeco.



Kelas mendeco kek Buttercream

Apa pun All the best.

sesungguhnya kelas2 saya adalah di mulakan dengan Student yang pernah mengambil Kursus langsir. sebenarnya antara menjahit dan memasak tak dapat lari dari naluri perempuan. so memang ramai pompuan2 sukaa... termasuk ler saya yang terjebak sekali.


Terima kasih kerana sudi buang masa membaca catitan hari nie. mood rasa nak story ler katakan... ^_^

Monday, December 5, 2011

Kek Russian Black n White.


ni rupa kek sebenar yg nak di buat. cilok dari Beezy Bakery. my adimire chef!


Belang tak jadi sbb derhaka... muahahah...




Tapi rasenya tetap ade, pengsan dengan coklat n cheese.




nak resepi ade kat FB. :) tak sempat nak copy. tenet slow...





Thursday, December 1, 2011

Jalan2 ke Taiping


Bergambar kenangan


First time dpt tengok badak air. selalu menyelam je... besau yek!


Berlatarbelakang gajah. ada baby gajah 4 bulan. :)

Kalo sape tau ku ini di mana sah gelak laa...
Gini 28hb nov, janji ngan anak2 nak jalan2 ke Zoo Taiping. walau dlm 10minit aje dari rumah, tak sampai2 jugak ke tempat nie. Biasa saya tumpang sekolah tadika untuk lawatan tahunan. taun ni tak sempat kata cekgu Aisyah.

So sehari sebelum tu saya ke Shah alam, ade kelas langsir di sana. Bergegas balik petang tu juga setelah settel kelas langsir. Pepagi lagi plan pegi bersama maksu Ct ( adikku) dan Opah (mak ku ler....) mula masuk naik train pusing keliling. lepas tu sambung jalan2 pulak. mau berpeluh gak ler... Owwhh korang nak tau harga tiket eeh masuk zoo. Dewasa rm12, kanak2 rm8. tp sebab saya nie dok berdekatan, dpt ler less 30%. so korang kalo nak p zoo taiping, cari ler sedara mara ker, kawan2 ker... yg dok area2 dekat. dpt ler less. kalo ikut rombongan sekolah dpt 50% hihihiii....

lepas kuar Zoo, kita org pusing2 di kaki Bukit Larut. tak brani nak naik lah, sbb time tu dah ujan. sbb nak naik atas tu pakai Jep khas kan. tak yah cari pasal lah!. Langsung p ler Muzium. kira ronda2 sungguh laa....



Azrul, Azhad n Aisyah di muzium Taiping.

Balik dari muzium, terus p cari kasut sekolah... pusing2 The Store, then p cari makan. time tu ujan udah lebat.


so pada korang yg nak datang zoo taiping, p awal, petang dah ujan. kalo tak sempat siang boleh p Night Safari. hat nie pun sy tak pernah p. siang pun tak p zoo, ni pulak nak p Malam... hahaah...


gitu ler crita kali nie... ;)





My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?