Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Friday, July 22, 2011

Gila Coklat....Kek Coklat Ganache


Sory sbb kek ni pun dah ala2 kulit gelap, tak dapek ler teman nak mencerahkan gambar nie.. hihihihi.....


siapkan 3 kuntum bunga rose, dan kek yg putih tu.. lom di make up.

Oleh sebab now semua pun Coklat.
Taram ler bunga rose pun with coklat.

Sebenarnya kek ni biasa dinamakan Kek Coklat Ganache.
tapi kerana tuan dia request tak nak isi dalam dia coklat. Sebab personal komen, kalau betul2 ikut resepi kek ni. Keknya pun kek coklat, coat with coklat, ganache coklat dan bunga pun coklat. memang tak leh nak telan manis gilerrr...

Bila ubah guna sponge kek, filling with cream coklat, cover with cream vanila, siram dengan ganache, Solekkan dengan bunga Rose coklat. Rasa lebih sedappp...

So pada yang nak menempah di alu2kan.
kalau nak buat hantaran amatlah di galakkan, sebab kek ni sah2 tak cair.
Price utk kek seperti di atas adalah rm75. ;)

Terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

kelas Coklat HomeMade 17hb julai 2011






Mereka adalah perserta coklat yang hadir pada 17hb julai 2011.

Dari jauh datang, amatlah berbesar hati. Kak aini dan kak aiza datang dari Tapah. Seawal pagi dah keluar, guide punya guide sampai juga ke kamunting.

Munirah paling kanan dari Ipoh. sbb munirah dah biasa datang Kamunting, senang ler dia jumpa rumah saya. apa pun terima kasih banyak2 ya. panjang umur jumpa lagi.

gambar2 di atas adalah hasil tangan mereka yang di bawa pulang pd hari tersebut.

Pada yang ingin menyertai kelas coklat pada bulan Ramadhan, kelas coklat di buka seperti biasa with booking date. next kelas pada 24hb Julai dan 31hb Julai 2011
terima kasih atas kesudian anda menjengok blog yg tak seberapa ini. ;)

Monday, July 18, 2011

Kek Coklat Indulgance.


Taraaa... ni ler lapisan dalam.. komen... sodap..hehehehe....


siap... ready nak potong.. eemmm...


Tuang coklat... nampak jer dah nyummyy...

Kegilaan kek coklat nie menular bila adik2 ku kerap menyebut kek ni di secret resepi. So time lalu lalang di secret resepi ku beli ler 1 slice.. menikmatinya... eemm.. ok jer lah.
Rasa nak buat sendiri sbb digilai adik2ku....

Buatnya banyak peringkat. tak ler susah sangat kalau tau shortcut.
alhamdulillahh.. dapat di realisasikan coklat nie..
so dengan tak semena2 juga.. ada pulak yg minta tempahan kek ni.. kire xcident yg bagus bila saat kita geram org suka kek ni. di cuba... menjadi. ada pulak yg menempah. Alhamdulillahh...

nak resepi yek!

Chocolate Indulgence Cakes

Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Ehsan resepi dari ... tq ya kakwan. ;) *http://resipicitarasawan.blogspot.com

Friday, July 15, 2011

kelas berpakej. kelas coklat n cupcake








Lama tak update. kelas ni pada 9hb Julai 2011 lepas.


Nurhidayah n Puan sham datang dari ipoh nak blajar coklat. sebab kelas di batalkan di Ipoh. maka dari awal pagi ler dorang ni kuar rumah. Malam tu baru konferm nak joint skali kelas Cupcake. Alhamdulillahh... sib baik bahan2 untuk cup cake ada di rumah.


Jadi hari sabtu belajar membuat coklat dan cupcake. alhamdulilahh.. selesai dalam pukul 4petang. masing bawa balik hasil tangan.


Terima kasih ye dik.


*** Pada yang berminat untuk menyertai kelas, boleh sms 019-9988331 atau email saya.
insyalllah akan datang akan diadakan kelas kek buttercream dan steam buttercream.

Sunday, July 3, 2011

kelas Personal Sulam Riben dan Tudung





kelas on 2hb Julai 2011, Akmal datang dari sri iskandar nak belajar dua benda ni. Seni sulam riben asas dan seni jahitan tudung. Dah lama akmal kontek saya. cuma baru tercapai hasrat datang Taiping. ;)

so hari tu siap 2 jenis tudung. n 2 jenis sulam riben. wall hanging n pouch. kata Akmal scary time mula nak buat. then bila dah siap, dia sendiri tak percaya boleh buat. boleh punyaa...janji ada minat.

so pada korang yang minat. n nak belajar kelas personal. boleh datang Taiping... jauh eekk? eemm... Akmal datang dengan cik huby yang hantar n pegi jalan2 sementara cik isteri belajar. Kelas mula pukul 9.30pagi selesai dalam pukul 3 petang.

terima kasih ye dik!

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?