Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, January 27, 2010

Aktiviti apa ya??

Ku mulakan bicara dengan gambar2 sekitar apa yang berlaku. sebahagian saje lah kan. tapi ni antara peristiwa yang telah berlaku. he.hehe......


Kelas Langsir di Subang jaya on 23hb January, khas utk kakDayang yang datang jauh dari sabah bahh....
ambil full course langsir dari asas kelanjutan langsir. seharian di situ bermula pukul 9.30pagi until 5.30petang. Amatlah ku hargai akan kesudian mereka semua. Tidak lupa juga para peserta Lain, Terima kasih.



Ni cream puff aku. walau rupa tiada tapi boleh lah melepasi tekak ku yang amat teringin berkrim puff. pestime juga aku coba. he.he.heee.... korang jangan gelak nengok ghope cream puff aku yek.



Kutu Quilt aku pun siap juga. dah selamat ku pos pada Hani. Maaflah jika tidak secantik quilt sifu. juga Pestime berQuilt. apa pun bende baru di tahun baru. make me funn!! walau kebizian dengan tugasan lain. Maklum lah bekerja sendiri, dengan hoby yang tak sudah2. Terima kasih buat kakDiah yang tak jemu2 melayan panggilan dariku...muaahh!!

Sebenar2nya bagiku walau sibuk, walau letih. tapi menjahit perkara berkaitan Hoby adalah satu terapi buat diriku. siap aje bende yang di buat, aduyaii... satu kelegaan dan kepuasan walau kadang hasil tak seperti diharapkan. he.he.hee...


layan yek slide aku nie. semua kenangan dalam kelas selama aku menyelam.





Tuesday, January 19, 2010

Berfikiran Positif

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.
Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.
Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.



Dah lama tak masuk rumah, ku dahulukan dengan motivasi untuk diri aku sendiri juga harap bermanfaat untuk rakan2 juga.

Sunday, January 3, 2010

N3 pertama D tahun Baru.

Salam tahun baru walau agak terlewat.
Lama juga aku bergelap yek.

eemmm...ape citer korang yek. aku macam korang juga kot, sibuk nguruskan anak sekolah. Prepare itu ini, juga Seperti biasa menguruskan perkejaan aku nie.

Aku pun sebenarnya sentiasa online. cuma tak dapat nak update cerita sebab masa tak mengizinkan. Walau apa pun banyak cerita yang nak di story, layan pic aje apa yg dah aku buat. pada yang bertanyakan mana kedai Quilt yang ku ceritakan dulu, insyaallah aku akan buat entry nanti. lagi pun dah kautim ngan kak Ana, tokey kedai tu.

cuci mata lah yek ngan gambar2 ku titipkan ini. sebahagian perkara yang telah berlaku. eemm...apa citer korang yek. nanti aku jalan2 ke blog kawan2. tentu banyak story yang aku dah terlepas.



Cuppies makan2 time tetamu berkunjung.


salah satu pic kelas yang aku sempat snap



Gambar terbaru anak2 aku. Smalam dah potong rambut prepare nak ke sekolah. Aisyah mentain yek rambutnya.

Gambar kiriman yati. kalau korang masih ingat, kain langsir tu aku paparkan pada entry lepas.
Aku tak berkesempatan menghadirkan diri di majlis pertunangannya... Langsir satu rumah dengan warna n paten berbeza aku yang jait. cuma aku ambil sekeping untuk tatapan yati. hope dia view blog aku..he.he.hee...

Aku now paling suka makan donat. he.he..ni donat ala naiz kegemaran aku. anak aku suka donat coklat. tak pulak aku snap picnye...he.he... walau rupa tak seperti ala jco, ala big epal, tapi lepas ler tekak aku..huhuhuuuuu....



My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?