Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, June 30, 2009

Dekorasi 2





Ku renung alas meja dlm dekorasi ni. cam same aje yek. kain2 ni aku jual. saje le...sambil nyelam minum ayor, ada kat web sebelah.




Dekorasi















Perempuan mana tak suka rumah berhias cantik. aku tak terkecuali. ni gambar2 aku ambil dari majalah diatas, cantik yek. Aku bertambah minat sejak menyertai EG blogger anjuran Mrsnor. tokey bazarkelantan.com tu. ape salahnya. Diri pun nak gak terapi kan, bagi aku dapat aje bende2 kesukaan diri sendiri pun dah kire terapi gak. tak tau ler org lain. so apa lagi cuci mato yek.





Monday, June 29, 2009

Apa aku buat

Bila tak menaip, rindu pulak yek. Tak berTenet lagi meroyan.
apa aku buat bile lama tak update blog, ku pun manusia biasa, kadang datang juga waktu boring. Penat n letih adalah perkara biasa,
hari ni aku kluar jalan2 pekan taiping,
sudahnya... aku cuma membeli beberapa helai baju anak n beg utk anak sulungku.

Hari2 aku lalui seperti biasa, menjahit dan menjahit.
dalam ruang masa yg sempit untuk diri sendiri ku cari juga ruang utk kepuasan diri.
dalam pada menjahit tempahan, aku sempat menjahit pouch kecil dan beg mengaji Quran untuk anakku. Pic beg anak tak de, tapi beg utk pouch tu ada le aku ambil seketui.
Aku blom masukkan TAG dari mrsnor, yang sebenarnya aku tak pandai nak komen diri sendiri, sebabnya banyak kekurangan diri, last2 pending kat draf aje. cannee???

Thursday, June 25, 2009

Jarum Peniti




Cerita hari ini, mengenai jarum peniti.
untuk yang sentiasa menjahit, jarum ni tak leh nak tinggal.
naiz sendiri lebih suka jarum peniti yang berkepala macam nie.
kalau yg biasa kita beli dlm bekas biru tu. tak berkepala, kadang boleh tenggelam dalam kain.
missing in action, so pada naiz lebih suka guna yang macam nie.

Wednesday, June 24, 2009

Benang Menjahit

Benang Adalah alat terpenting dalam proses jahit menjahit.
Dibawah adalah sebahagian koleksi benang yang setiap hari naiz gunakan.
Dalam saiz yang berbeza tapi kegunaan yang sama.



Sekotak dan sebalang benang.
Benang didalam kotak sentiasa penuh terisi, dah jadi tabiat bila kosong aje naiz isikan semula.
naiz biasa beli bundel seperti dibawah. Untuk benang dalam saiz yang besar biasa dibeli apabila menjahit langisir, dan saiz kecil biasa untuk menjahit bende2 yang berkuantiti kecil seperti baju dan barang kraf.



Dibawah adalah benang dalam bentuk bundle yang naiz biasa beli dan jual untuk para tukang jahit. sambil promote benang bundel yek.

Dalam ada 100pcs,
Berharga RM52
tidak termasuk kos pos.
Pos daftar RM4
Pos laju rm7

Tuesday, June 23, 2009

Baju kurung tanpa kekek




Pernah bercerita dahulu, now banyak yang mahukan baju kurung tanpa kekek.
Nape tak nak ada kekek?
Bila tak de kekek, bahagian ketiak tak nampak geleber. Nampak lebih kemas, dan paling penting lebih fit dari biasa.
Tak susah membuatnya, cuma ambil ukuran kekek biasa, 3inci. ukuran pesak atas kebiasaan 2 setengah inci.
Dicampur menjadikan 5inci setengah.
Untuk ukuran baju sebegini just buangkan 1inci.
yang lain2 adalah sama.

Kekek - kepingan segi empat yg disampung antara pesak dan tangan, dibawah ketiak.

Monday, June 22, 2009

Apa cerita?

EEmmm... ceritaku macam biasa, menjahit dibilik jahitanku.
dikala ini tidak mahu menimbunkan kerja, ku bereskan secepat mungkin tempahan.
dibawah antara kain2 langsir yg perlu dibereskan.



Namun aktiviti kegemaran yg remeh ini tidak ku tinggalkan.
sambil menonton tv, ku sulam bunga2 riben ini.
yang ni kaler pink, ada yg berwarna putih, ku juga sedang menyiapkan sulam manik pada blouse. Ada masa akan ku paparkan.



Bunga ni nampak macam sama 'naiz rose' terdahulu, tapi sebenarnya tak sama.
bezakan ya.

'naiz rose'

Friday, June 19, 2009

Tools Butang Bungkus

2
butang

Mungkin ramai yang tahu, ini adalah tools set untuk membuat butang bungkus.Terdapat dalam berbagai saiz.Digunakan untuk membuat butang langsir = bagi diriku lah.bagi tukang jait baju, butang baju kebaya selalu menggunakan butang bungkus.

Wednesday, June 17, 2009

Masa Dan Aktiviti

Kejap aje masa berlalu,
Pejam celik, pejam celik dah nak sambut ramadhan tak lama lagi.
Cepat masa berlalu, atau aku aje yang terasa begitu.
Apa pun aktiviti aku berlalu macam biasa, menjahit dan aktiviti berkaitan dengannya.
Alhamdulillah bagi tukang jait macam aku, keje2 menjait kebiasaan bertambah bila tiba hampir ramadhan begini.

Untuk tempahan Baju Kurung, tempahan telah di tutup, namun bagi Langsir, tempahan masih di terima.

Dibawah adalah aktiviti yang telah berlalu.
cuma kusyen merah corak buluh blom di collect oleh tuan empunya.





Langsir dengan menggunakan fabrik yang ku jual, insyaallah gambar siap tergantung later2 aku letakkan.


Bj manik ni pun dah dipakai tuannya...









Thursday, June 11, 2009

Award dari MrsNor



Perkenalanku dengan mrsnor bermula di Cari.com
aku dah lupa taunnya... agak2 aku 2004 kot.
Bila mrsnor balik je dr US, dia call aku. Aku sebenarnya malu nak kol dia dulu... he.he.he...

Sebenarnya, rumah mrsnor tak jauh dr rumah aku ketika itu. Ketika itu aku menetap di Kelantan Darul Naim.

Di Kelantan juga melakar banyak nostalgia dalam hidupku.
Ini adalah first award aku ambil dr blog selama ku melayari internet.
insyaallah, lain kali aku akan cuba mengambil award dari kawan2 lain.
hope jangan berkecil hati jika aku terlepas pandang.

Ikan Terubuk Masin Sarawak.

Bunger untuk KakMin. Tanda terima kasihkuu...


Ni le rupe ikan terubuk masin sarawak. Bagi diriku, ini lah pertama kali tengok dan makan ikan nie. Ikan terubuk masin ini adalah pemberian student ku dari sarawak. Dia datang ke Semenanjung semata2 nak belajar menjahit langsir dengan ku.
Insyaallah akan datang 11 Julai 09, kelas Langsir akan di jalankan di Subang Jaya.
Kak Min yang merupakan cikgu dari Sarawak akan datang sekali lagi.

Kali ni mau aku order pulak ikan terubuk masin nie. Jauh2 dia usung ikan ni masuk flight, masuk hotel. Terima kasih kak Min. Insyaallah nanti kita jumpa lagi.


Ikan Terubuk Masin yang dah digoreng.
pekene dengan nasi panas.. fuhh... laju je 2 pinggan nasik. ha.ha..haaa...

Ni kene goreng sekor sekali nak makan. takut cepat abis...


Dalam parcel kakMin tu ada dibekalkan sambal laksa sarawak.
boleh cube buat nanti.

Wednesday, June 10, 2009

salam, ku menghilang kemana??



lama pulak rasa tinggalkan blog nie. rindu kemain nak tenet.
ada sekeping gambar untuk tatapan korang.
jadi ler.. bes juge skali skala balik kampung.

jalan-jalan dengan anak2 di KL.

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?