Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, April 30, 2009

Cerita donut



untuk aisyah



EEmmm dah boleh dimakan. sila..silaa....



Si Add suka yg macam ni. keje senang, lepas aku terap dengan acuan, hasil yg tengah acuan aku goreng.

Cik donat dalam kuali.

Donat yang sedia untuk digoreng.

Ni dua saiz acuan yang aku ada, biasa aku guna yang kecik tu aje.
tips dari aku... kalau nak goreng donat gune lidi satey aje.
sonang nak balik2 kan. so aku attch ler kat dlm pic atas sebagai tools nak membuat donat.
ha.ha.haaa....
dalam banyak2 resepi aku try wat donut ni.
resepi ni paling bes menjadi donatnya, cara dia pun lain skit.
hasil dia memang lembut dan gebus, adoi...ni yg buat aku bertambah bulat.
korang pandai2 lah yek, ni dlm bahse indon. aku pun main memandai aje..

DONAT ALA J’Co
Bahan A:
850 gr tepung terigu “Cakra” / tepung terigu Jepang (Komachi)
11 gr ragi instant
10 gr garam
600 ml air matang
Bahan B:
200 gr tepung terigu “cakra” / tepung terigu Jepang
10 gr garam
60 gr susu bubuk FC
125 gr gula pasir
100 gr telur
125 gr
mentega putih / shortening
Cara membuat:-
- aduk bahan A sampai rata, istirahatkan selama 90 menit diwadah tertutup, jadikan sebagai bahan biang
- campur adonan A dengan bahan B, lalu uleni sampai kalis. Lk. 10 menit. Istirahatkan diwadah tertutup selama 15 menit.
- gilas tipis adonan setebal lk. 1 cm, diamkan 10 menit, cetak dengan cetakan bentuk donat, diamkan 10 menit lagi.
- goreng dalam minyak padat dengan api kcil saja hingga berwarna kuning kecoklatan.- angkat, dinginkan. Beri topping sesuai selera.

#sumber resipi dari cari.com.my#




Joint hani giveaway


first time aku join giveaway, apa pun ucapkan hepi besday buat hani, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
jengok hani disini...http://hani-love-sewing.blogspot.com/

Wednesday, April 29, 2009

Kusyen N heart ku sudah siap




Siap kusyen aku, berukuran 16x16.
aku guna kain plain tebal, kaler unggu cair,
aku padankan dengan kain kotak2.
kain2 nie aku akan load nanti.



Kain nie memang senang nak jait sulam riben or sulam benang.
walau tebal tapi lembut bila kita menjahit.
kak Ina, naiz guna kain yg kak ina order.



Tuesday, April 28, 2009

helo..helo...


Just gunakan teknik french knot utk love nie.


Masukkan bunga sulam tangan kat tengah. fuhh tak sabar nak siapkan
3.30pg bersengkang mata.



Dah siap menyulam bunga, nampak cinonet, tapi.. sabo aje ler..
benang ni semua adalah saki baki dari menjait sulam tudung dulu.
ada le sebekas, gile membeli btoi waktu tu..taun 2003. Dasat btoi bila di ingat.




Buat sulam riben bentuk heart, kain2 nie semua aku jual,
kain nie memang sonang nak sulam riben. walau tebal, tapi senang nak lolos jarum.
nanti aku masukkan kainye yek.

Entry untuk hari ni.
3hari aku tak log masuk sini.
entah ape aku buat yek.
menyulam skit
bukan apa, bila dah mula rasa tak sabar nak tengok hasil.
nampak cam skit aje bunge, tapi mak aiihh..ngan anak2 nie.. kejap benti2

eemm.....cuma nak siapkan sepenuhnya jd bende yang di inginkan aje.






Friday, April 24, 2009

cerita pasal mempelam depan rumah


Inilah ghopernye time dok atas pokok.
Gambar2 di bawah ni adalah hasil dari mangga2 ini lah.


Ini pulak, aku dah buat jeruk.
aku pilih2 yg mude, kire kerak pun tak de lagi kan.
eemmm...aku suke, sambil dpn pc, sambil ngap!!


Ni kerabu Mangga.
eemm sodapp...aku tak de makan ngan nasik, main makan cam makan saladdddd...(kata tok wan)


Yang nie, kita menyicah a.k.a colek.
emmm sedap gile.. buah dah ala2 kekuningan, rasa pun masam2 manis.

Lama tak update yek.
Asik semput aje..

kisah pokok pelam depan umah nie..
memang berbuah tak henti2. jeki jiran2 jugak lah kan.
so dari mempelam nie..aku pun bagaikan hasil dari mempelamku ini.

Tuesday, April 21, 2009

Kelas Baju Kurung Online


smalam saje aku dpt 2 sms tanye wat kelas Baju Kurung online.
eemm...bagus juga yek.
tapi aku malas pulak rasanya.
so aku rasa aku nak buat kelas bj kurung kat sini.
sape2 nak joint bagitau aku.

kire aku saje nak tau, kalo ada yg nak belajar baru aku nak mulakan.
so korang tinggalkan coment kat sini,
aku nak tengok brape ramai yg nak.
kire nanti leh ler aku pelan2 ngajor.
bukan itu aje, kire ada semangat skit le aku nak wat kelas sbb korang support,
kalo aku syokk sendiri, maleh lah aku...wahahahaaaa....

ikutkan aku buat kelas baju kurung N langsir kat umah aku nie.
cuma, untuk online aku tak buat.
Tapi tempahan bj kurung biasa aku ambil le..
harga sepasang rm28,
Kalau piping rm36
Kalau alas rm70.

So kalo korang nak tambah2 sulam tangan, sulam manik, sulam ribbon.
terpulang korang lah yek.
wahahaha...ni masuk bab iklan nie.

Saturday, April 18, 2009

Pola Kurung Pesak Gantung






aku pun tak tau korang nampak ke tak pola nie.
sbb aku sendiri tak ingat mana aku dpt nie.
cuma aku rasa tak susah nak jait, yg membezakan bj kurung biasa adalah potongan pesaknya.

so korang boleh cuba jait sendiri baju nie.
terima kasih pada tuan empunya pola nie.
harap dpt singgah sini.....
dlm koleksi aku ade le nota2 nie. tapi dah ada pola ni dlm pc aku, aku load terus.

ramai yg tanya aku, untuk tempahan bj ni.
aku tak ambil tempahan bj riau,
tempahan aku ambil cuma bj kurung biasa.
so rasa2nya korang dah ada panduan kan. cube yek.

Friday, April 17, 2009

Anakku... Azhad







Time nie aku sibuk memotong bj kurung 2 pasang kain yg bawah tu.
biru and merah.
Si azhad merupakan budak yang berusia 5tahun, anak ke-2 aku...,
Pulang awal dari sekolah, 11.30pg.

Selepas mandi dia menemankan aku di bilik menjahit.
eemm ... aku pun snap pic ni bila aku tengok dia bersungguh2 nak menjahit.
dengan tekun dia tengok kain yang dia letakkan kat jarum mesin tu bergerak.
terkial2 nak naikkan penampan mata jahitan tu
minat gile dia nampaknya...
Aisyah ker.. Add (panggilan di rumah) yg bakal mewarisi mesin jaitku ini...muahahhaaaaa...

Wednesday, April 15, 2009

Aktiviti hari Ini.




Yang merah tu cotton, suke sesangat aku nak memotong N menjaitnye..
yg biru kain licin biasa.
dua2 nak dibuat baju kurung.




ni kasi lebih cuci mato ape keje si Naiz buat. muahahaaa...
kang kalo rajin siap aku tempek ler...

Tuesday, April 14, 2009

Mexican bun a.k.a roti kopi


Time dalam Oven, melt toping tu..wallah, cam cetusan gunung berapi.


Sedia untuk dimakan. 4biji ni aku dah makan. Pinggan tak lawo yek.
colgate kasi kat aku...muahaha...

Ni dough yang dah naik dlm loyang.

Aku tersangat lah suka roti ni.
dulu time aku dok ipoh, aku suke ler beli kat Tesco.
Kat situ dinamakan Roti Boy.
Aroma dan rasa amatlah aku ingati.
eemmm sodap eeh.

oleh kerana kesukaan yang melampau dengan roti ni.
aku pun buat lah.
lepas ler perut aku yang nak makan sesangat.
Harga roti pun now dah naik.
Dulu time mule2 aku beli Rm1.50
Now Rm1.80.
fuhh.. kalo aku beli kurang2 2bj untuk aku. 3bj lagi untuk anak2.
kire2 smula, boleh beli Tepung roti berkilo2. muahahaaa...

Korang nak resepi yek.
walau tak segah roti kdai aku beli..namun, aku berpuashati. he.he.hee....


Bahan2.

Tepung high Protein 1kg
Gula kastor 180gm
Garam 10gm
susu Tepung 30gm
yeast 12gm
Telur 2bj
Bread Improver 6gm
air 500gm
Bos/margerin 180gm

cara membuatnya.

- campurkan semua bahan kecuali margerin.
- Uli hingga menjadi doh yang licin dan elastik
- Masukkan margerin, and uli lagi.
- Rehatkan 15min atau sampai doh naik dua kali ganda.
- then bulatkan letak atas tray, sebiji 50gm
-rehatkan lagi. dah naik leh letak topping kopi atas dia.


Toping kopi.
- margerin 240gm
- gula kastor 240gm
- telur 6bj
- kopi emulco/ nescafe suka hati yek.
- tepung ros 240gm

caranya...
- pukul mentega n gula hingga kembang.
- masukkan telur pukul hingga sebati,
- masukkan tepung dan kopi (bancuh dgn 2 camb air panas)

Boleh lah pipe kan atas roti tadi.
*sumber resepi dari kelas roti aku attend di Sunflower*

Monday, April 13, 2009

Projek dah siap


ni kire time aku lom jait laah kan.


Ni sarung kusyen, 3 biji, saiz pun berbeza, lom pos ke tuan empunya.

Yang nie sarung tilam beby, ni aje gambar yg sempat snap.
tuan dia dah mai ambil, aku snap sekeping ni aje.



Sunday, April 12, 2009

Gulai ikan nasik belauk.


Lupo plak nak taruk sebiji dua cabai solok dlam mangkuk ni..


mengelegak dalam Periuk.


Gulai ni pemes dikalangan org kelantan.
sebab, setiap pagi ada nasi belauk.
nasi belauk nie..makanan setiap pagi org kelantan.
memang heavy makanan kat kelantan.
dari pagi sampai malam.


ni salah satu peberet masakan aku kat umah ..
kire ada jer ikan tongkol a.k.a ikan ayo (panggilan org kelantan) jadik aje gulai nie.
aroma sebenar gulai ikan ni..datang dari lada solok.
dah aku beli dari mrsnor, lajak ler aku masak gulai nie..
eemmm... sodapp..(bagi aku ler...)

Saturday, April 11, 2009

Solok lada kuu...


Diberikan pada 5 jiran tetangga ku.


Hidangan yang dikira nostalgia.


Time dalam periuk, sepatutnya, alas bawah dengan ulam2man.
mana nak cari ulam, buat time dah tak sempat2 nak makan, blasah apa ade aje..

Hanya dikelantan ada cabai putih sebegini.
Dan hanya cabai/cili ini aje yang sesuai dibuat masak macam ni.
apa nak diet kalo mai paberet makanan nie.
hangus 2 pinggan nasik.

cara membuatnya,
Lada solok ..... buang bijinya.
ikan sardin/selayang direbus diambil isi
bawang merah
air asam jawa.
Garam
Gula
Santan (pekat + cair)
Kelapa parut a.k.a nyor

- isi ikan ditumbuk bersama dengan bawang merah, garam, gula dan kelapa parut.
-Tumbuk kasi sebati, agak2 ala2 lumat gitu.
- Dah tumbuk siap sebati, air asam jawa di gaul sebagai penambah rasa.
- Sumbat aje dalam cili yang dah dibuang biji, dah tentu terbuka badan cabai tu kan.
- Alas periuk dengan ulam ulaman, contoh pucuk kaduk, pucuk ubi, kacang panjang pun boleh.
- susun dlm periuk yg dah dialas tadi dengan cabai yang dah disumbat.
-Tuang santan pekat tadi sebagai medium utk merebus.
-Tambah ler skit2 ayor kasi berkuah skit, sikit aje tau...
- Tutup n rebus le... siap!!

sedia untuk dimakan. sonang kan!!

Parcel dr Kelantan







walau dah 2 hari dpt, tapi nak share gak le..
ni aku order dari bazarkelantan. com a.k.a Mrsnor
kandungan dalam 3 helai tudung,
1kg lada solok.
kire paberet aku time dok kelantan salah satu solok lada.
ni kire makanan yang tak bleh dapat luar kelantan.
kalo ada punn...idok ler sesedap made from kelantan.
dengan gumbiranya... aku terima parcel nie.
nanti aku paste solok lada yg dah siap aku masak and ngappp!!!



My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?