Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Monday, March 30, 2009

Ayam Percik aku











Sebenarnya aku nak buat nasi ayam.
terasa nak makan le tu..

eemm..tapi kali ni bukan cerita bab membuat nasi,
tapi kisah si ayam yg menjadi pelengkap nasi ayam.
nak ubah skit utk ayam yg slalu digoreng,
aku dah buat ayam jd cengini.
ni pun sbb aku terbeli nasi Ayam di Doli. salah satu kdai femes kat tempat aku
emmm...nasik ayam dia sodapppp...

cara2nya kalo korang nak tiru lah yek
ayam ni direbus sekejap, air rebusan nak guna utk tanak nasi nanti.
lumurkan ayam dgn serbuk cabai, Perasa maggie, garam, gula dan bawang putih yg dah ditumbuk halus.
perap lama lagi sodap.
then aku goreng guna minyak sikit aje. kasi garing.
lepas tu aku bakar gune oven kesayangan aku.

oven ni lah aku blasah buat macam2.
nak tau..oven nie aku beli melalui internet tauu...SSssyyyhh
Dengan oven tu lah aku buat roti, donut, pizza, bakar kek, buat biskut. kire maksimum, optimum penggunaan. Meeemangggg berbaloiiii........
Gambar atas tu aku nak buat roti, tapi rotinya dah abis, tak sempat snap.

Tuesday, March 24, 2009

Manik sesegar pagi







sebenarnya baju ni dah selamat di pos untuk tuannya.
material untuk baju ni adalah sama dengan baju manik kekasih gelapku.
tetapi owner adalah berbeza.
walau keje menuntut kesabaran macam ni..
aku suke...

kebiasaan aku menjait manik bila dah kuar dari bilik menjahit,
time santai2 dpn tv. walau kata rilex tak dapat nak diam saje.
pasti cari bende nak buat.
kalau tak buat sulam manik, sulam tangan or sulam riben.

kalau bertambah minat lain ntah ler... akhir2 nie minat nak deco kek aje.
kelas mendeco dah nampak, masa aje tak sesuai.
cuci mata yek.

Saturday, March 21, 2009

3 budak Nakal







Ni lah 3 budak nakal yang selalu menjadikan diriku ala2 Jane.
walau pun begitu... 3budak nakal ni jugak lah penghias hidup paling bermakna buat ku
Harta yang paling bernilai dalam hidup.

Selain mesin jahitku...muahahhaahaa....
apalah umi ni...bandingkan dengan mesin jait pulak.
buat pengarang jantungku, walau letih, tengok 3 bradik nie... legaa aje rasanyaa.



Loyang Kek Baru ku.






eemm rasanya gila untuk memasak udah melanda nie..
ni aku ternampak nak lelong time nyinggah di kedai Menang glassware.
ada potongan 70%,
sib baik ada satu aje..
satu lagi loyang besau itam juge aku rembat.
ada pun satu pcs jugak.
boleh ler..utk yang ada oven besar utk bake ayam atau buat biskut.

aku beli juge walau tak muat untuk oven kecik aku tu...
dalam angan2 nak beli nozel set utk deco kek. tak pandai mana pun, tapi niat nak masuk kelas deco dah ada... kene cube nie... tak tido malam nengok youtube mendeco kek. walllahh!!
fuhh...lepas satu...satu hoby aku.

Dari hoby menjahit, Manik, Sulam tangan, Sulam riben now minat nak memasak pulak.
untuk satu2 hoby kene kempiskan poket gak tuu... he.he.he....


Sunday, March 15, 2009

Sulam Riben yang terbengkalai






Ini adalah pemberian kakCt from China, amatlah dihargai,
wahai kakak ku, seperti kau tahu akan kesokaan ku.
kakCt dah kasi aku ujung taun lepas, aku buat koho2 (sikit2) kata org kelantan.
akhirnya siap dengan adunan warna riben ku sendiri.
sayangnya...sekuntum lagi bunga tak timbul2, akibat tak cukup riben. Dan sampai now aku tak dpt jumper lagi warna senada, nampaknya..aku kene touch up ngan kale lain.



Aku ni minat sesangat nak berSulam Riben, tangannyer dua aje.
semua nak buat. abis... gini ler tingainye...
nasib ler...hajat nak buat kusyen aje.
tak tau bile leh siap sepenuhnya...

try buat bunga Carnation, cam PN Ann ajarkan.
cam ok aje percubaan pertama..muahahaa..sendiri puji daa...

Kasui ku




ni time terasa nak makan sangat le ni. yang nak makan aku sorang aje, buat macam ler ramai yg nak makan nye. apa pun, tak ku lupa jiran sebelah.
lepas ler takat nak makan aku ngan anak2.
huby aku tak suka kueh gini... leceh eekk?

aku lak dah tua2 jadi payah plak nak membeli, cam cerewet gitu. Kalo dah teringin nak makan, maleh nak membuat aku beli gak kot?

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts

Nak update blog ni dlm email anda ?