Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.

Sunday 28 December 2008

Roti Gebu




Aku suke sesangat buat roti. Nak2 bila buat menjadi lak tuh.
roti nie sebenarnya dah jadi sejarah. Nak ditempek juge gambarnya.
apa pun sodap, he.he.he..memenuhi citarasaku.
nak membeli pun satu hal gak kan. ada bahan taram jer...siap.

actualy nak buat bulat2, sebiji2 cam kedai le konon. Dek ganguan anak2 yang tak sunyi tu.
buat aje bulat2, masukkan aje dalam loyang kek. Nahh...kuar ler hasil cengini....
Inti sesuka hati aje lah. Yang ada hanya kaya... kaya lah mangsa ari tu..

Resepi
1kg tepung high protein
150gm gula kastor
10gm garam
30gm susu tepung
24gm instant yis
2bj telur
4gm bread improver
500gm air
60gm shorterning
120gm margerine
*saya tambah bread softner. kasi lembut rotiku ini.
cara-caranya...
- campurkan semua sekali dan uli hingga jadi doh. kecuali margerine dan shorterning.
Sy guna BM (bread maker)

- dah uli jd doh baru tambahkan bahan terkecuali tadi.
- doh terakhir yg sudah komplete, direhatkan selama 15min. atau hingga naik 2x ganda.
- then boleh canaikan mengikut kesukaan.
kalau nak buat bulat, ambil 50gm setiap sebiji.
- dah membentuk sesuka hati, rehatkan lagi, tengok dah naik.
- Bakar.
==sumber resepi. kelas memasak di sunflower.



Thursday 25 December 2008

Kek African Marble










Hari nie hari cuti, smalam ada jiran menempah kek cekelat.
Langsung pagi ni mencuba resepi kek african marble dari blog sesedap rasa.
thanks Wani. ternyata tidak mengecewakan.

Resepi ni diubahsuai skit. sy kurangkan gula. Apa pun alhamdulillah..
sedap, gebu dan lembut.
tapi rupa tak secantik tuan punye resepi. he.he...
akan improve nanti yerk wani. sila komen. satu lagi canne nak wat belang cam nko tu??

resepinya..

Bahan-bahan:

250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari (wani guna chocolate emulco dan orange emulco)
cara-caranya:

-Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
-Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang.

-Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. (wani bahagikan adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian dicampur chocolate emulco, 1 bahagian dicampur orange emulco dan pewarna oren, 1 bahagian lagi dibiarkan plain. guna senduk, lapiskan 1 1/2 senduk adunan chocolate, 1 1/2 senduk adunan orange, 1 1/2 senduk adunan plain, dan ulang hingga habis. bila dh habis, lorekkan permukaan adunan kek di dalam loyang. jika hendak dimarblekan pun boleh jugak - ikut kreativiti masing2.)
Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.


(wani mulakan membakar pada suhu 160, hanya guna api bawah. setelah hampir masak - cucuk bahagian tengah kek dengan lidi dan bila dikeluarkan, lidi bersih - wani tukarkan ke api atas bawah. apa2 pun, ikut ragam oven masing2 ya.)
Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.


REsepi nie dicopy dari blog sesedap rasa. tak alter pun apa tuan punye kata. he.he..he.e
blasah jer lah labuu...
gambarnya.. atas nunn!!

2 biji buat dlm cup utk 2 org anak bujangku.




Manik Bunga Senyum




Kalau nak ikutkan mengupdate, macam2 nak taruk. cuma masa tak sempat. apa pun utk diri sendiri dan juga untuk rakan2 yg sudi bertamu, ku titipkan kerja tangan yg tak seberapa.

Baju ni dah siap, tapi tak dapat nak pos ke tuan punye.
apa pun ucapan terima kasih byk buat penempah manik ku ini. tak putus memberi rejeki kepada ku ini. apalah yg dapat ku katakan selain dari terima kasih.

Oleh kerana ini adalah salah satu minat ku. ku lanyak juga. dalam meraba2 nak menanam bunga dibaju mu itu. wlau blom sampai ketanganmu. ku harap nko dapat menjamu mata dahulu.






Baju Sulam Tangan udah Siap.




Baju dah lama siap.
Nak masukkan gambar aje makan masa.
Leceh skit kan nak itu ini.




Saturday 6 December 2008

Manik kekasih gelapku






Suka-suka aje aku letak name nie. 3 hari menyulam manik ni, akhirnya siap sampai ke tangan tuannya. waduhh.... rasa tak sabar nak tengok hasil jait buat aku pulun menjait. he.he.hee....

Apa pun siap seperti yang dijangka. Dalam keadaan musim cuti sekolah aktiviti kraftangan macam nie aje yg mampu aku buat. Almaklumlah, anak2 keliling, nak itu ini, teman nengok citer kartun pun jadilah. Sebahagian aktiviti yang tidak berkaitan mesin jahit adalah menjahit manik. selebihnya sikit2 buat sulam riben.

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts